[VIDEO] Fakta Kehamilan: Dr Imelda Dedah Air Ketuban Rupanya Air Kencing Janin!

Sudah menjadi kebiasaan bagi kebanyakan wanita yang baru mengandung buat kali pertama untuk mempunyai bermacam perkara yang dirisaukan. Mana taknya, kehadiran cahaya mata sulung inilah yang akan menjadi pelengkap rumah tangga selain bersama suami tercinta. Pun begitu, bakal-bakal ibu mestilah pandai menapis maklumat tentang fakta kehamilan daripada mitos atau cakap orang seperti perkongsian oleh Profesor Dr. Imelda Balchin ini.

BACA: “Siapa Kata Tak Boleh Makan Durian Masa Hamil & Lepas Bersalin?” – Dr Imelda

Fungsi & peranan air ketuban

Menurut Pakar Perunding Obstetrik & Ginekologi Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) ini, ada sebuah kantung yang akan terbentuk di dalam rahim ibu hamil. Kantung tersebut mengandungi air ketuban yang berfungsi sebagai pelindung kepada janin. Ianya juga berperanan sebagai medium yang membolehkan si anak menggerakkan tubuh badan sekali gus membina otot sepanjang tempoh 9 bulan tersebut.

Gambar sekadar hiasan

Air ketuban sebenarnya diperbuat daripada air kencing janin

Bagi yang tidak tahu, cecair yang turut dipanggil sebagai ‘amniotic fluid’ ini akan terhasil secara semulajadi menerusi air kencing yang dirembeskan menerusi buah pinggang janin dalam kandungan. Jelas Dr. Imelda, air kencing ini bagaimanapun tidak sama dengan selepas kelahiran kerana ianya bersifat steril atau bebas daripada semua jenis bakteria.

Gambar sekadar hiasan

Minum banyak air takkan tambah air ketuban

Ujar beliau selain menyediakan nutrien penting, plasenta (juga dikenali sebagai uri) akan menyerap oksigen kepada janin bagi memproses air kencing tersebut. Oleh itu walaupun seseorang ibu minum terlalu banyak air, ianya tidak akan menambahkan jumlah air ketuban tersebut. Bagaimanapun, cecair tersebut boleh kurang atau lebih bergantung pada kadar oksigen yang diterima oleh janin.

Sumber: FB Imelda Balchin

Apa Komen Anda?