Isu Semasa Kesihatan

[VIDEO] Fasih Cakap Melayu, Gadis China Titip Mesej Khas COVID-19 Buat Malaysia

[VIDEO] Fasih Cakap Melayu, Gadis China Titip Mesej Khas COVID-19 Buat Malaysia

Sharing is caring!

Sehingga hari ini, masih ramai lagi masyarakat di Malaysia yang ingkar dengan arahan dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan berkait dengan penularan wabak bersifat pandemik ini. Meskipun acap kali diingatkan, tapi ia ibarat ‘masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri’ bagi sesetengah masyarakat.

BACA: Setiap Hari Ada Staf Kesihatan Positif COVID-19, Doktor Minta Orang Ramai Jujur


[VIDEO] Fasih Cakap Melayu, Gadis China Titip Mesej Khas COVID-19 Buat Malaysia

Kongsi tips berguna dengan bahasa Melayu

Terbaru, tular di laman Twitter apabila seorang gadis bernama Sakinah memuat naik sebuah video rakannya dari  negara China yang mesra dikenali sebagai Husna Liang. Gadis yang pernah menuntut di Malaysia ini telah berkongsi amalan pencegahan masyarakat Beijing sambil berbahasa Melayu dengan fasih. Antara aspek yang diberi penekanan dalam video tersebut ialah amalan pemakaian topeng dan tatacara menggunakan kemudahan awam seperti lif.

Restoran makanan segera siap sediakan maklumat staf

Malah lebih menarik perhatian apabila restoran makanan segera di Beijing turut menyenaraikan nama dan maklumat kesihatan staf yang menyediakan makanan pada setiap bungkusan. Katanya disebabkan keprihatinan Malaysia terhadap negara Tembok Besar itu sebelum ini, dia berasa terpanggil untuk turut sama berkongsi amalan tersebut sebagai membalas jasa.


[VIDEO] Fasih Cakap Melayu, Gadis China Titip Mesej Khas COVID-19 Buat Malaysia

Macam tengah tengok short documentary..

Video yang penuh dengan pengisian itu telah meraih lebih 27 ribu retweets setakat ini selain dihujani dengan pelbagai reaksi masyarakat. Rata-ratanya amat memuji serta kagum dengan semangat Husna dalam berbahasa Melayu. Malah tidak cukup dengan itu, ada juga yang mengakui masih lemah dalam berbahasa jika dibandingkan dengan gadis China ini.

[VIDEO] Fasih Cakap Melayu, Gadis China Titip Mesej Khas COVID-19 Buat Malaysia [VIDEO] Fasih Cakap Melayu, Gadis China Titip Mesej Khas COVID-19 Buat Malaysia [VIDEO] Fasih Cakap Melayu, Gadis China Titip Mesej Khas COVID-19 Buat Malaysia [VIDEO] Fasih Cakap Melayu, Gadis China Titip Mesej Khas COVID-19 Buat Malaysia [VIDEO] Fasih Cakap Melayu, Gadis China Titip Mesej Khas COVID-19 Buat Malaysia

Sumber: Twitter @serenitysakinah


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!

Facebook

Telegram

Topik Panas Minggu Ini