Hiburan Viral

[VIDEO] Fathia Nekad Kekalkan Imej Tanpa Hijab, Mahu Jadi Penyanyi Antarabangsa

[VIDEO] Fathia Nekad Kekalkan Imej Tanpa Hijab, Mahu Jadi Penyanyi Antarabangsa

Sharing is caring!

Fathia Latiff merupakan antara pelakon yang berani mengubah personalitinya yang dahulunya ayu bertudung kepada wanita berambut pendek. Meskipun sudah lama membuat keputusan seperti itu, Fathia mengakui masih menerima kecaman daripada netizen.  Baru-baru ini tular di media sosial apabila Fathia mengeluarkan kenyataan bahawa dia akan kekalkan dengan imej sebegini semata-mata untuk mencapai cita-citanya.

BACA: “Kenapa Tak Terus Bertudung?” – Ini Respon Padu Fathia Latiff Kepada Netizen!

[VIDEO] Fathia Nekad Kekalkan Imej Tanpa Hijab, Mahu Jadi Penyanyi Antarabangsa

Ada suami yang boleh bimbing saya


Menurut laporan mStar, Fathia mengakui bahawa keputusannya untuk tampil tidak bertudung adalah sememangnya salah di sisi agama. Namun dia mengharapkan agar suatu hari nanti dia dapat berjumpa dengan suami yang dapat membimbingnya ke arah yang jauh lebih baik.

[VIDEO] Fathia Nekad Kekalkan Imej Tanpa Hijab, Mahu Jadi Penyanyi Antarabangsa

Terpaksa buat macam ni sebab nak kejar cita-cita

Tambah Fathia, ini adalah karakter sebenar tentang dirinya. Dia tampil berambut pendek semata-mata untuk mengejar cita-citanya sebagai seorang penyanyi antarabangsa. Tambah Fathia, dia sememangnya tidak dapat menutup mulut orang ramai yang suka membanding-bandingkan dirinya dengan penyanyi bertudung yang lain, dan lebih selesa sebegini.


Moga jadi sehebat Celine Dion…

Ternyata perkongsian daripada pelakon jelita itu mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai, dan ramai yang berharap agar Fathia dapat berjumpa dengan ‘bakal suami’ yang diimpikan itu secepat mungkin. Dalam pada itu ramai juga yang mendoakan dan berharap agar Fathia dapat mengejar cita-citanya untuk menjadi seorang penyanyi antarabangsa pada masa akan datang.

[VIDEO] Fathia Nekad Kekalkan Imej Tanpa Hijab, Mahu Jadi Penyanyi Antarabangsa

[VIDEO] Fathia Nekad Kekalkan Imej Tanpa Hijab, Mahu Jadi Penyanyi Antarabangsa

Sumber: Mstar & IG fatiyalatiff


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!