[VIDEO] Fizi Ali Sebak, Issey Umum Bakal Kahwini Ibu Tunggal Anak 3

Pelawak kelahiran rancangan Bintang Mencari Bintang yang kini sudah bergelar penyampai radio di Suria FM, Issey Fazlisham baru sahaja mengumumkan satu berita mengejutkan. Pengumuman itu adalah bertujuan untuk mewar-warkan dirinya akan menamatkan zaman duda hujung bulan ini. Perkongsian berkenaan telah pun dimuat naik olehnya di laman Instagram miliknya dan juga radio tersebut. 

BACA: Lebih Pandai Memasak, Ada 7 Sebab Kenapa Anak Sulung Paling Untung Dikahwini

Bakal kahwini ibu tunggal anak tiga

Advertisement

Menerusi video yang telah dimuat naik itu, Issey mengesahkan dirinya telah memilih seorang ibu tunggal anak tiga sebagai suri hatinya. Jelasnya, wanita berkenaan adalah merupakan kenalan sekolahnya yang sudah kehilangan suami hampir dua tahun akibat nahas jalan raya. Difahamkan, majlis akad nikah mereka akan diadakan di negeri kelahiran kedua-duanya iaitu Kelantan, pada tanggal 22 Disember ini. 

View this post on Instagram

Advertisement

Mohon doa daripada semua agar segala perancangan berjalan dengan lancar dan dipermudahkan. Terima kasih 🙏🏻 #gengissey

A post shared by issey (@isseyfazlisham) on

Advertisement

Fizi Ali sebak lepas dengar pengumuman

Namun apa yang menariknya adalah sewaktu anak jati Kelantan tersebut mengumumkan secara rasmi di konti radio tersebut. Rakan penyampainya, Fizi Ali dilihat sebak dan seakan-akan tidak percaya akan berita yang disampaikan tersebut. Dia yang dilihat hampir menitiskan air mata sempat menjelaskan dirinya terlampau gembira kerana rakannya itu berjaya bertemu jodoh setelah sekian lama menduda dan mengerti kesusahan yang dialami lelaki itu sebelum ini. 

Advertisement

Best-nya nak kahwin lagi. Congrats Issey

Advertisement

Walaupun rata-rata dilihat terkejut dengan berita berkenaan, namun mereka gembira akhirnya lelaki tersebut berjaya bertemu jodoh selepas 3 tahun bergelar duda. Selain itu, peminat-peminatnya juga tidak melepaskan peluang mendoakan semoga segalanya dipermudahkan buat selebriti itu dan juga bakal isteri pilihannya itu. 

Sumber: Instagram Issey & Suria Malaysia 

Advertisement

Apa Komen Anda?