[VIDEO] Gabra ‘Cik Siti’ Singgah Masuk Rumah, Habis 10 Rakan Serumah Menghalau

Bayangkan jika rumah yang selama ini menjadi tempat untuk manusia berlindung daripada hujan dan panas dimasuki oleh ‘tetamu’ tak diundang, tentu tak senang duduk dibuatnya. Lebih menakutkan jika ia adalah sejenis haiwan perosak yang boleh memberi kemudaratan terhadap kesihatan manusia. Begitulah situasi yang terpaksa dihadapi oleh sekumpulan remaja menerusi perkongsian daripada seorang pengendali akaun Twitter bernama @syfqtominay_ baru-baru ini.

BACA: [VIDEO] Kecoh 1 Pentas, Gelagat Pencetus Umrah Noor Khiriah Kelakar Habis

10 orang rakan halau seekor tikus

Menerusi video tersebut, sekumpulan remaja ini nampaknya cemas apabila mendapati rumah mereka telah dimasuki oleh tikus. Biarpun ia hanyalah haiwan yang kecil, namun boleh disaksikan betapa riuhnya suasana dengan jeritan dan sorakan. Malah disebabkan seekor haiwan berkenaan, kesemua remaja lelaki itu sanggup turun padang untuk sama-sama menghalaunya.

Advertisement

Minta tolong kucing yang tangkap

Namun segalanya nyata ‘indah khabar daripada rupa’ kerana tiada seorang lelaki pun yang berani untuk mendekati haiwan tersebut. Bahkan kucing pula yang menjadi ‘penyelamat’ sambil dibantu oleh mereka menggunakan penyapu dan penyodok. Bagaimanapun, detik cemas itu telah bertukar gembira apabila tikus berkenaan dipercayai sudah berjaya ditangkap oleh si bulu peliharaan mereka.

Puas tengok kucing tu dapat terkam tikus..

Advertisement

Menjengah ke ruangan komen, video berdurasi 47 saat itu telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. Sebahagiannya tampak terhibur dengan moment lucu berkenaan sambil berseloroh di ruangan komen. Biarpun baru beberapa jam dimuat naik, posting tersebut telah mendapat lebih 57 ribu tontonan setakat ini. 

Advertisement

Sumber: Twitter syfqtominay

Apa Komen Anda?