Inspirasi Viral

[VIDEO] Gadis Akhirnya Buka Mulut Kisah Duka Sebalik Viral ‘Couple Seminggu’

[VIDEO] Gadis Akhirnya Buka Mulut Kisah Duka Sebalik Viral ‘Couple Seminggu’

Sharing is caring!

Masihkan anda ingat tentang klip video sambutan ‘anniversary‘ 7 hari bercinta yang pernah dimuat naik oleh seorang remaja sekitar tahun 2013 lalu? Seiring dengan peredaran masa, pemilik nama Puteri Awani ini sudah pun menjadi seorang gadis yang sangat cantik. Malah jika ditinjau ke perkembangan laman sosial miliknya, dia sudah bertugas sebagai seorang pramugari dan juga bergelar tunangan orang.

BACA: Gadis ‘Couple Seminggu’ Tunang Dengan Orang Lain, Individu Ini Dedah Sikap Ex

[VIDEO] Gadis Akhirnya Buka Mulut Kisah Duka Sebalik Viral ‘Couple Seminggu’

Kisah di sebalik ‘couple seminggu’

Setelah sekian lama, gadis berusia 21 tahun ini akhirnya terbuka hati untuk mendedahkan kisah yang ramai tidak tahu di sebalik penularan video tersebut. Ujar Puteri, sejak dari dahulu lagi dia memang suka membuat video seperti tutorial tudung dan sebagainya. Manakala video itu pula dibuat atas cadangan rakan sebaya yang lain sebagai tanda penghargaan selepas berjaya couple dengan seorang senior di sekolahnya.


[VIDEO] Gadis Akhirnya Buka Mulut Kisah Duka Sebalik Viral ‘Couple Seminggu’

“Diorang gunting beg, tarik tudung…cikgu cakap takde masa depan”

Meskipun dapat sokongan yang menyeluruh daripada ahli keluarga, namun Puteri mendapat layanan yang sangat berbeza semasa berada di sekolahnya. Menerusi video luahannya di laman YouTube, gadis ini mendedahkan bahawa dia sering menjadi bahan usikan murid-murid nakal. Tak cukup dengan itu, hubungan dengan para guru juga tidak serapat dahulu gara-gara tempias klip rakaman pendek tersebut.

Sebenarnya viral ni tak seronok..

Oleh sebab itu, gadis ini turut memberi pesanan kepada orang ramai supaya berhati-hati dengan ‘kuasa viral’ kerana impaknya boleh berpanjangan sekali gus mempengaruhi hidup seseorang. Bagaimanapun, dia tetap bersyukur kepada semua pihak yang sentiasa memberikan sokongan sepanjang mengharungi tempoh tersebut. Rata-rata netizen turut bersimpati atas nasib yang menimpanya di sekolah cuma disebabkan kelakuan kurang matang pada masa itu.


[VIDEO] Gadis Akhirnya Buka Mulut Kisah Duka Sebalik Viral ‘Couple Seminggu’

[VIDEO] Gadis Akhirnya Buka Mulut Kisah Duka Sebalik Viral ‘Couple Seminggu’

[VIDEO] Gadis Akhirnya Buka Mulut Kisah Duka Sebalik Viral ‘Couple Seminggu’

[VIDEO] Gadis Akhirnya Buka Mulut Kisah Duka Sebalik Viral ‘Couple Seminggu’

Sumber: YouTube, Twitter & IG theputeriawani


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!