[VIDEO] Gadis Tersepak ‘Aset’ Coach Taekwondo, Reaksi Masing-Masing Lucu Habis

Seperti yang diketahui umum, zaman sekarang ini ancaman boleh datang dari mana-mana arah sekalipun terutamanya terhadap golongan warga emas, wanita dan kanak-kanak. Maka tidak hairanlah semakin ramai yang menyertai kelas-kelas khas yang mendidik tentang seni mempertahankan diri. Antara seni tempur yang popular di Malaysia adalah taekwondo kerana melibatkan penggunaan kaki dan tangan secara efektif terhadap musuh.

BACA: [VIDEO] Tercungap Nafas, Reaksi Wanita Meraung Naik Roller Coaster Lucu Habis

Member kata nak aim arah kepala

Advertisement

Baru-baru ini, rakaman video yang memaparkan gelagat antara seorang jurulatih (tali pinggang hitam) dan juga pelatih (tali pinggang putih) telah menjadi tular di laman Twitter baru-baru ini. Pada awalnya, lelaki tersebut dilihat seperti bersedia untuk menunjukkan satu gaya kepada anak buahnya sewaktu sesi latihan mereka.

Tiba-tiba tersangkut…tulah kaki panjang sangat

Advertisement

Namun tanpa disangka-sangka, lelaki itu telah menerima satu pengalaman yang menyakitkan dalam hidupnya apabila bahagian celah kelangkangnya telah ditendang tanpa sengaja. Menurut pengirim video tersebut, rakannya memberitahu bahawa dia mahu menendang bahagian kepala jurulatihnya. Tetapi malangnya, insiden lain pula yang berlaku.

Mesti senak…itulah teknik paling mudah kalahkan lelaki

Di hujung video berdurasi pendek berkenaan, lelaki tersebut dilihat beredar sambil menahan perit di kawasan ‘terjejas’ sementara gadis itu pula dilihat ketawa sehingga terbaring di atas lantai. Aksi spontan itu nyata telah membuatkan rata-rata netizen terhibur dan menyifatkan itulah cara yang paling berkesan untuk menumpaskan lelaki jahat. Keseluruhannya, rakaman berkenaan telah berjaya meraih lebih 50 ribu jumlah tontonan dan 3 ribu retweets setakat ini.

Advertisement

Advertisement

Sumber: Twitter AliyaImra

Advertisement

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI

Advertisement

Apa Komen Anda?