Viral

[VIDEO] Galak Sangat Nak Selfie, Satu Geng BFF Hilang Ayu Kek Terbalik Di Bahu

[VIDEO] Galak Sangat Nak Selfie, Satu Geng BFF Hilang Ayu Kek Terbalik Di Bahu

Setiap orang pastinya teruja apabila ingin menyambut hari jadi bersama insan tersayang termasuklah di kalangan kawan-kawan. Kadangkala mereka akan membuat surprise dan berkongsi duit untuk membeli sebiji kek cantik buat insan istimewa itu. Walau bagaimanapun, sesuatu di luar jangkaan boleh berlaku ketika semua orang sedang bergembira seperti yang berlaku baru-baru ini.

BACA: [VIDEO] “Allah, Kek Terbang” -Pemuda ‘Terciduk’ Kejutan Birthday Tak Menjadi

Excited sangat nak ambil selfie, sekali kek elok je jatuh atas bahu birthday girl

Menerusi pengguna Twitter @hvriynrahman, sekumpulan gadis yang mengenakan pakaian serba pink sedang bersedia untuk mengambil selfie beramai-ramai. Kek hari jadi berwarna hitam itu dipegang oleh salah seorang daripada mereka di bahagian tengah dan gadis terbabit teragak-agak untuk memusingkan makanan berkenaan untuk mendapatkan angle kamera yang cantik. Akan tetapi, kek tersebut tiba-tiba terjatuh pula di atas bahu birthday girl sehingga menyebabkan mereka semua menjerit terkejut.

Yang pegang kamera tu mestilah paling terkejut… satu hal pulak mak dia nak basuh baju mahal tu

Video berdurasi 15 saat itu telah meraih lebih 33 ribu tontonan dan 1 ribu retweets setakat ini. Selain terhibur melihat reaksi wajah kesemua gadis berkenaan, ramai juga netizen sempat berseloroh kononnya pasti birthday girl yang memegang kamera itu berasa paling panik apabila ‘tragedi’ selfie tersebut berlaku.

[VIDEO] Galak Sangat Nak Selfie, Satu Geng BFF Hilang Ayu Kek Terbalik Di Bahu

[VIDEO] Galak Sangat Nak Selfie, Satu Geng BFF Hilang Ayu Kek Terbalik Di Bahu

[VIDEO] Galak Sangat Nak Selfie, Satu Geng BFF Hilang Ayu Kek Terbalik Di Bahu

[VIDEO] Galak Sangat Nak Selfie, Satu Geng BFF Hilang Ayu Kek Terbalik Di Bahu

Sumber: Twitter @hvriynrahman

🚨 Erin Sakura KINI MENCARI INTERN! Klik untuk maklumat lanjut.

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

[VIDEO] Galak Sangat Nak Selfie, Satu Geng BFF Hilang Ayu Kek Terbalik Di Bahu

Facebook

Telegram

herness