[VIDEO] Galak Sangat Usik Auntie Cleaner, Tak Pasal-Pasal Kena Sembur

Zaman persekolahan merupakan salah satu nostalgia yang terindah bagi setiap individu. Waktu itulah kita belajar mengenal dunia, berkawan, serta menimba ilmu.  Setiap orang pasti menyimpan kenangan yang tak akan dilupakan waktu itu, seperti yang dilakukan oleh sekumpulan pelajar ini yang sudah berjaya mengusik seorang pekerja di sekolahnya beberapa hari lalu tular di laman Twitter. 

BACA: [VIDEO]Lelaki Memang Camni Eh?- Bosan Punya Pasal, Pelajar Buat Hal Di Hostel

Auntie jangan terjun!

Video yang telah dikongsi gadis bernama Nina nyata mencuit hati netizen. Nina beraksi seolah-olah sebagai wartawan yang sedang membuat liputan berita mengenai seorang auntie yang ingin terjun dari bangunan. Sedangkan wanita tersebut yang juga seorang cleaner di sekolah tersebut sedang membersihkan bahagian atas bangunan. 

Auntie jangan!

Gadis tersebut dan rakan-rakannya berlakon menjerit ke arah wanita tersebut supaya tidak terjun. Pekerja itu yang terkejut dengan tindakan gadis tersebut bertindak menyemburkan air menggunakan water jet yang sedang dipegang sambil diiringi hilai tawa pelajar-pelajar.

Auntie tu pun layan je

Video yang telah ditonton sebanyak 339,000 kali beserta 17,800 retweet itu dilihat sangat menghiburkan. Pelajar-pelajar berkenaan juga turut dipuji kerana sikap respect mereka terhadap auntie tersebut. Difahamkan gara-gara video viral tersebut, staf sekolah terbabit semakin terkenal di sekolah berkenaan. 

Sumber: Twitter Nina 

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI

Apa Komen Anda?