[VIDEO] Gandingan Apex Tajudin Dan Haqiem Rusli Berjaya ‘Beli’ Jiwa Penonton

Program realiti TV, Mentor Milenia 2019 diteruskan lagi pada minggu ketujuh dengan bertemakan duet bersama penyanyi profesional. Terdahulu, 2 orang protege masing-masing di bawah seliaan Stacy dan Black telah pun diumumkan tersingkir. Malah antara yang paling mendapat perhatian semalam adalah anak didik Mentor Hazama iaitu Apex Tajudin yang telah membawakan lagu ‘Kasih Tak Sampai’. 

BACA: [VIDEO] Menangis Isteri Dia- Ada Bakat Unik, Apex Digelar Penyeri Mentor 2019

Gandingan kedua-duanya berjaya pikat juri

Advertisement

Lelaki yang berasal dari Terengganu itu telah mendendangkan lagu tersebut secara duet bersama penyanyi terkenal, Haqiem Rusli. Ternyata percaturan Hazama untuk menggandingan kedua-dua mereka berbaloi apabila para juri memuji persembahan tersebut sebagai duet yang seimbang. Pada minggu sebelumnya, juri tetap iaitu Datuk Syafinaz Selamat sempat menegur tindakan Apex menyanyi sehingga mengeluarkan suara serak kerana dibimbangi peti suaranya rosak kelak. 

Setiap minggu konsisten melakukan persembahan yang terbaik

Advertisement

Tampil melakukan perubahan, teguran tersebut dipraktikkan dalam persembahan Apex malam tadi. Untuk pengetahuan, nyanyiannya turut dipuji memandangkan sering sahaja konsisten saban minggu sehingga pernah dinobatkan juara mingguan selama dua minggu berturut turut. Peserta berkenaan sebelum ini juga pernah diakui hebat oleh penghibur terkenal, Faizal Tahir apabila berjaya membawa lagunya dengan baik serta sempat berseloroh ingin menjadi mentor kepada lelaki tersebut. 

Advertisement

Apex ni serius…bukan sahaja penyanyi tapi juga a storyteller

Persembahan memukau gandingan itu turut berhasil memikat hati netizen yang telah menonton. Ramai yang bersetuju persembahan yang dibawakan olehnya setiap minggu penuh dengan kelainan yang tersendiri serta turut mencadangkan agar kedua-dua penyanyi lelaki ini berduet lagi kelak. 

Advertisement

Sumber: Youtube TV9 Malaysia Official

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI

Advertisement

Apa Komen Anda?