[VIDEO] Gara-Gara Datang Lambat, Pelajar Terkedu Kena ‘Prank’ Dengan Lecturer!

Bergelar seorang pelajar di institusi pendidikan tinggi, pengurusan masa sememangnya memainkan peranan penting. Berdepan pula dengan kuliah yang dijalankan dari pagi sehingga ke petang, tugasan harian yang diberikan serta peperiksaan membuatkan sesetengah daripada mereka tenggelam dalam pengurusan masa. Namun itu bukanlah alasan untuk ponteng dalam menghadiri kuliah dan mungkin itu juga yang dilakukan oleh 2 pelajar politeknik yang viral ini.

BACA: Mulanya Tak Perasan, Tapi Bila Ada Pelajar Minta Izin Nak Makan Baru Nampak..

Beri tepukan sebab dia berjaya datang

Menerusi satu perkongsian video oleh pengguna Twitter bernama Aiman, dua orang rakan sekelasnya itu dilihat memasuki kelas walaupun sudah terlambat. Lucunya, pensyarah yang sedang mengajar di hadapan pula sempat mengusik mereka dengan mengucapkan tahniah kerana berjaya memunculkan diri. 

Tak cukup dengan itu, pensyarah berkenaan dilihat menamatkan kelas serta merta saat mereka berdua baru sahaja duduk di tempat masing-masing. Keadaan tersebut sekaligus membuatkan mereka berdua terpinga-pinga diiringi gelak ketawa daripada rakan lain dalam kelas itu.

Terkebil-kebil member…Baru datang dah habis

Video tersebut telah berjaya mendapat tontonan lebih 94,000 kali serta 7,900 retweet sejak dikongsikan semalam. Menyaksikan video itu, ramai terhibur dengan tindakan pensyarah berkenaan yang dikatakan mencuit hati. Ada juga yang sempat berkongsikan pengalaman mereka berhadapan situasi sama.

Sumber: Twitter Aiman

Apa Komen Anda?