[VIDEO] Gara-Gara Tiket Berukuran A3, Lelaki Hampir Terlepas Masuk Stadium Bola

Kehangatan daripada kemenangan 2-0 pasukan Malaysia menentang Indonesia tempoh hari masih terasa. Perlawanan yang disifatkan cukup hebat itu menjadi bualan ramai sehingga ke hari ini.  Di sebalik perlawanan yang telah menyaksikan lebih 72,000 orang penonton telah hadir, banyak rupanya kisah menarik terjadi. Semalam tular di Twitter sebuah video dimana seorang lelaki hampir tidak berjaya masuk untuk menyaksikan permainan tersebut. 

BACA: [VIDEO] Guling-Guling Je Dapat Bola, Netizen Berdekah Lihat Skil Aidil Semalam

Bantu cetakkan tiket bola rakan ukuran A3

Advertisement

Video yang berdurasi lebih seminit itu memperlihatkan seorang lelaki begitu teruja untuk masuk menonton perlawanan itu. Walau bagaimanapun, pemuda tersebut terus ketawa besar setelah menyedari salinan tiket yang telah dicetak oleh rakannya berukuran besar iaitu A3. Dengan diiringi hilai tawa rakan-rakan, lelaki berkenaan bertindak dengan menyerahkan tiket yang telah dibeli secara atas talian itu kepada pekerja yang bertugas. 

Hampir tak dapat masuk lepas tidak berjaya scan

Namun begitu, tiket yang telah dicetak dilihat sukar untuk diimbas dek kerana ukurannya yang lebih besar daripada kebiasannya. Setelah gagal mencuba beberapa kali walaupun ditolong pegawai yang lain, dia berjaya juga untuk masuk ke dalam setelah membuka gambar tiket menerusi telefon bimbitnya.

Advertisement

Kira baik lagi tu tak print ukuran A1

Video yang telah mendapat jumlah tontonan lebih 65,000 kali beserta 2,300 retweet itu telah berjaya menghiburkan netizen. Ada juga yang dilihat berkongsi pengalaman sama diusik rakan dengan mencetak tiket ukuran besar seperti yang terjadi pada lelaki tersebut. 

Advertisement

Sumber: Twitter Mofasad

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI

Advertisement

Apa Komen Anda?