Mistik

[VIDEO] Gara-Gara Tolak Cinta, 10 Tahun Wanita Tanggung Derita Sihir Bomoh Siam

[VIDEO] Gara-Gara Tolak Cinta, 10 Tahun Wanita Tanggung Derita Sihir Bomoh Siam

Sharing is caring!

Memandangkan perkembangan teknologi yang semakin canggih maka media sosial digunakan secara meluas. Hanya berbekalkan beberapa klik di hujung jari, sebarang foto atau maklumat peribadi tentang seseorang amat mudah diperolehi. Perkara itulah yang membimbangkan apabila ada sesetengah orang bertindak mengambil peluang tersebut untuk menggunakannya sebagai medium bagi menghantar perkara-perkara khurafat dan syirik. 

BACA: 3 Hari Berturut Mimpi Benda Sama- Gara-Gara Sihir, Bayi Hilang Dari Kandungan

Telah dihantar sihir bomoh siam

Satu video mengenai seorang wanita yang disihir telah dimuat naik di laman Twitter menerusi akaun @g_jaxc. Jelasnya perempuan tersebut dikatakan telah terkena buatan orang menggunakan bomoh dari negara seberang. Sewaktu diberi rawatan menggunakan perubatan Islam, dia dikatakan bertukar menjadi seorang ‘sami’ yang sedang bersembahyang pula. Dia turut dilihat meracau-racau dengan mengeluarkan butiran perkataan tidak jelas. 


https://twitter.com/g_jaxc/status/1216692738302726144?s=19

Disihir kerana menolak cinta seorang lelaki

Sihir yang telah dihantar kepada wanita tersebut dikatakan sejak 10 tahun lalu. Semuanya bermula apabila dia telah menolak cinta seorang lelaki. Difahamkan perempuan berkenaan dan juga pelaku masing-masing sudah pun mendirikan rumah tangga. Namun dek kerana cemburu yang menebal memaksa gangguan tersebut dihantar bagi memberi kemudaratan.

https://twitter.com/g_jaxc/status/1216863828320718848?s=20

Awal-awal tengok okay lagi, sekali dengar dia cakap..

Video mistik yang dikongsi telah mendapat lebih 80,000 jumlah tontonan beserta 3,600 retweets. Rata-rata netizen berasa risau dan takut apabila melihat paparan berkenaan. Namun, ada yang mengambil peluang untuk turut berkongsi pengalaman masing-masing ketika berhadapan situasi sama. 


[VIDEO] Gara-Gara Tolak Cinta, 10 Tahun Wanita Tanggung Derita Sihir Bomoh Siam

[VIDEO] Gara-Gara Tolak Cinta, 10 Tahun Wanita Tanggung Derita Sihir Bomoh Siam[VIDEO] Gara-Gara Tolak Cinta, 10 Tahun Wanita Tanggung Derita Sihir Bomoh Siam


Sumber: Twitter g_jaxc

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!