[VIDEO] Gelagat Remaja Sindrom Down Curi Perhatian, Sufian Suhaimi Pun Terkejut

Rasanya sudah ramai masyarakat sudah mengenali dua beradik lucu di laman sosial ini, iaitu Bengah dan adik istimewanya Cik Pia atau Afiatul Salsabiila. Populariti mereka telah meningkat naik menerusi beberapa video lucu yang turut memaparkan nilai keakraban dan kasih sayang. Walaupun Cik Pia merupakan seorang remaja istimewa kerana mengalami Down’s Syndrome, tetapi gadis berusia 21 tahun ini nyata memiliki personaliti tersendiri sebagai seorang yang aktif dan sangat bijak.

BACA: “Comelnya Baby Kita” – Ramai ‘Melting’ Tengok Wajah Licin Sufian Suhaimi

Baby Pia jumpa Baby Pian

Menerusi Intagram milik Bengah, atau nama sebenarnya Hammad Zamakhshari telah berkongsi semula video beberapa tahun lepas ketika adiknya menyertai sebuah program yang mengundang Sufian Suhaimi untuk membuat persembahan. Sambil berhibur dengan audiens, penyanyi ini turut mengundang Cik Pia naik ke pentas untuk nyanyi bersama lagu ‘Terakhir’.

View this post on Instagram

Ini la dia full video persembahan dari Baby Pian yang popular dengan lagu ‘TERAKHIR’ satu ketikat itu sebelum lagu hits lain keluar.. lagu ni dipersembahkan masa majlis (tak ingat plak😅) Cik Pia jadi salah satu volunteer pogram dan Pian pula artis jemputan. . Video ni Bengah saja je edit bagi impak maksima sikit! Lagu ni ada tersirat kisah kucing Bengah dan Cik Pia.. Yes! Lagu ini sangat sedih tapi persembahan ni bercambur baur kegembiraan.. kesedihan takde kot 😋 Bengah nak puji sikap yang profesional dari penyanyi kacak ni.. Baby Pian! persembahan yang sangat bagus! pandai mengawal situasi (sebab Bengah takde kat situ) satu penghormatan dan doa yang baik baik dari Bengah kepada Pian moga sukses dan terus maju dalam bidang yang diceburi! You the man brother! 🙌🏻 . Tidak semua boleh menerima insan istimewa ni dan tidak semua tahu nak mengawal keadaan bila mana situasi macam Cik Pia persembahkan spontan dalam video ni. rasa nak jadi penyanyi jugak la 🤪 TIBERRR . Jangan ada rasa benci dengan insan istimewa.. kerana keistimewaan mereka boleh melengkapi hari hari seorang abang macam Bengah. rezeki dia dapat buat persembahan bersama artis.. siap sangka? itulah dia kesayangan alam 🥰 Allah Sayang… . #AbangYangPenyayang #KesayanganAlam

A post shared by Hammad Zamakhshari (Bengah) (@makhlokmacho) on

Sufian pandai mengawal situasi…respect

Memandangkan ketika itu Bengah tiada di sana, dia tak menafikan agak risau tentang penerimaan orang luar dengan anak istimewa ini. Namun begitu, dia tetap memberikan pujian terhadap Sufian Suhaimi kerana bukan semua orang mahupun artis boleh menerima atau mengawal keadaan bila mana Cik Pia membuat ‘persembahkan spontan’ seperti yang dilihat dalam video berikut.

Dia panjat Baby Pian…comel je mereka berdua ni

Dalam pada itu, ruangan komen posting berkenaan turut dihujani oleh rata-rata pengikut Bengah dan Cik Pia. Selain menyifatkan gelagat remaja Down’s Syndrome itu sebagai amat lucu dan sangat di luar jangkaan, mereka juga memuji sikap Sufian yang sporting dan pandai melayan semua orang.

Sumber: IG makhlokmacho

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI

Apa Komen Anda?