Viral

[VIDEO] Gempak Habis Tarian ‘Mak Buyung’, Part Last Buat Ramai Takut Terberanak

[VIDEO] Gempak Habis Tarian ‘Mak Buyung’, Part Last Buat Ramai Takut Terberanak

Sharing is caring!

Wanita mana yang tidak gembira apabila disahkan hamil kan? Tapi apa yang boleh membuatkan seseorang itu lebih teruja apabila ada rakan-rakan yang turut mengandung sekali. Mungkin itulah gambaran tepat saat menyaksikan sebuah video viral di laman sosial sejak akhir-akhir ini.

BACA : [VIDEO] Rasa Diri Tak Menarik, Gadis Hilang Rasa Down Lepas Dipuji BFF Lelaki


Seronok betul tengok geng ‘mak buyung’ berjoget..

Menarik perhatian ramai, rakaman video yang memaparkan aksi sekumpulan ‘mak buyung’ berjoget mengikut rentak muzik lagu berjudul ‘Savage Love‘. Selain seragam melakukan aksi tarian itu, keempat-empat mereka cantik mengenakan pakaian serba putih serta selendang berwarna dusty pink.

[VIDEO] Gempak Habis Tarian ‘Mak Buyung’, Part Last Buat Ramai Takut Terberanak


[VIDEO] Gempak Habis Tarian ‘Mak Buyung’, Part Last Buat Ramai Takut Terberanak

Tapi part last tu buat ramai takut  kalau-kalau terberanak..

Berdasarkan klip video berdurasi kurang daripada seminit itu, mereka dilihat begitu lincah menari sambil memegang perut boyot masing-masing sambil senyum sesama sendiri. Namun di akhir video tersebut, tanpa disangka-sangka kesemua mereka mula menunjukkan perangai sebenar hingga mencetuskan kebimbangan netizen terhadap kandungan berkenaan.

[VIDEO] Gempak Habis Tarian ‘Mak Buyung’, Part Last Buat Ramai Takut Terberanak

@angelamars

Another Savage Love, this time preggy edition. No, not literally 🤰🏻 #savagelovedancechallenge #foryou #fyp @rajaaizureen @manjamaresa @oshiniera

♬ original sound – Angela Mars – Angela Mars

Amboi, jangan sampai terberanak berjemaah cukup lah ye

Siapa sangka, aksi melucukan kumpulan tersebut telah ternyata menarik perhatian ramai sehingga meraih lebih sejuta tontonan di TikTok ini. Menjengah ke ruangan komen pula, rata-rata mereka mengakui terhibur dengan gelagat ‘masuk air’ 4 wanita tersebut. Tidak kurang juga yang berseloroh tentang perangai suami masing-masing.


[VIDEO] Gempak Habis Tarian ‘Mak Buyung’, Part Last Buat Ramai Takut Terberanak [VIDEO] Gempak Habis Tarian ‘Mak Buyung’, Part Last Buat Ramai Takut Terberanak [VIDEO] Gempak Habis Tarian ‘Mak Buyung’, Part Last Buat Ramai Takut Terberanak

Sumber : TikTok angelamars

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!