Viral

[VIDEO] Gender Reveal Jadi Panik, Isteri Jatuh Terhentak Dihempap Kawan Suami

[VIDEO] Gender Reveal Jadi Panik, Isteri Jatuh Terhentak Dihempap Kawan Suami

Sharing is caring!

Berbeza dengan zaman dahulu, ibu bapa sekarang cenderung untuk mengetahui lebih awa jantina bayi sebelum dilahirkan. Di negara Barat khususnya, mereka akan mengadakan parti gender reveal yang turut dihadiri oleh keluarga terdekat serta kawan-kawan. Tujuannya adalah untuk sama-sama berkongsikan detik berharga itu melalui 1001 gimik menarik. Namun dalam keterujaan tersebut, siapa sangka sebuah tragedi hitam pula hampir berlaku kepada suami isteri ini.

BACA : Majlis Gender Reveal Jadi Huru-Hara, Suami Kantoikan Isteri Kandung Anak Rakan

Lepas pecahkan belon semua jadi kecoh, ibu hamil jatuh & dihempap lelaki

Dimuat naik ke laman TikTok, rakaman berkaitan insiden parti gender reveal mereka sudah meraih jutaan tontonan daripada netizen. Dikelilingi kenalan rapat, semua tetamu bersorak meriah apabila mengetahui suami isteri tersebut bakal menimang bayi perempuan selepas lelaki itu memecahkan belon. Namun malang sekali, salah seorang rakannya yang tiba-tiba meluru dalam keadaan gembira secara tidak sengaja mencetuskan pertembungan sekali gus menyebabkan wanita hamil terbabit jatuh terhentak ke atas jalan.


@jay.crnt

Reply to @mooniepie08 #itsagirl🎀 #pregnant #fail #ohnono #genderreveal

♬ original sound – JaycrnT🙆‍♂️

Tahulah excited tapi patutnya kawan biarkan mak ayah baby raikan dulu

Lebih mengejutkan lagi, lelaki berkenaan juga dilihat gagal menyeimbangkan badan sebelum jatuh menghempap wanita berbaju putih itu. Dengan serta merta, parti tersebut bertukar kecoh dan beberapa individu bergegas untuk menyelamatkan ibu terbabit. Meskipun panik, mereka bernasib baik kerana kandungan berada dalam keadaan selamat dan tiada sebarang kecederaan berlaku. Walaupun sedang gembira, netizen berpendapat bahawa semua orang sepatutnya lebih bersabar dan tidak terburu-buru.

@jay.crnt

Reply to @jay.crnt #itsagirl🎀 #pregnant @alishamonet__

♬ original sound – JaycrnT🙆‍♂️

[VIDEO] Gender Reveal Jadi Panik, Isteri Jatuh Terhentak Dihempap Kawan Suami


[VIDEO] Gender Reveal Jadi Panik, Isteri Jatuh Terhentak Dihempap Kawan Suami

[VIDEO] Gender Reveal Jadi Panik, Isteri Jatuh Terhentak Dihempap Kawan Suami


 

Sumber : TikTok jay crnt

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!

Facebook

Telegram

Topik Panas Minggu Ini