Viral

[VIDEO] Geng Motor Lari Roadblock Redah Kebun Sawit, Lagu Latar Jadi Perhatian

[VIDEO] Geng Motor Lari Roadblock Redah Kebun Sawit, Lagu Latar Jadi Perhatian

‘Hobi kami mahal’ adalah ungkapan paling sesuai untuk menggambarkan keterujaan sesetengah kumpulan bermotosikal yang sanggup mengubahsuai dan menaik taraf kenderaan mereka mengikut spesifikasi tertentu. Bukan hanya mahu terlihat lawa semata-mata, malahan ia membuatkan mereka mampu berkonvoi jauh bersama rakan-rakan lain. Kenangan yang dicoretkan itu sudah tentu bakal menjadi memori yang cukup indah lagi-lagi ketika sudah tua kelak.

BACA : [VIDEO] Baru Nak Redah Traffic Light, Treler Kalut Reverse Balik Nampak Polis

Beginilah Sang Pencinta Dua Roda…Sanggup redah ladang sawit elak roadblock

Selain dapat singgah di pelbagai tempat sekitar Malaysia, mereka juga pastinya akan melalui detik-detik mendebarkan lagi-lagi apabila terpaksa mengikuti ‘jalan tikus’. Lucu tapi benar, demikianlah hal yang terlintas di kepala kita selepas melihat sebuah rakaman viral hasil perkongsian TikTok @jay_lorenzo77 ini. Sudah mendapat lebih 300 ribu jumlah tontonan sejak dimuat naik, difahamkan kumpulan rider ini sedang mengelak daripada menghadapi sekatan jalan raya sehingga membuatkan mereka sanggup meredah sebuah ladang sawit.

@jay_lorenzo77

Begini laa ada sang pecinta dua roda…..#shifuji #fypt #fypt #fypforyoupageシ #fypindonesia #fypps #fypbali

♬ original sound – Jay Lorenzo77 – Jay Lorenzo77

Amboi lagunya kemain…Adat biasa geng motor mesti tahu jalan tikus

Tidak cukup dengan jalan yang berliku-liku dan penuh semak, mereka juga gigih melintasi sebatang sungai secara ‘berjemaah’. Meskipun berdepan dengan risiko seperti kerosakan motosikal, semua itu dilupakan sementara asalkan perjalanan dapat diteruskan seperti biasa. Bukan sahaja terhibur dengan ‘kekalutan’ geng rider ini, malahan lagu latar video berjudul ‘Semut Berkawad’  juga cukup mencuri perhatian ramai.

[VIDEO] Geng Motor Lari Roadblock Redah Kebun Sawit, Lagu Latar Jadi Perhatian

[VIDEO] Geng Motor Lari Roadblock Redah Kebun Sawit, Lagu Latar Jadi Perhatian

[VIDEO] Geng Motor Lari Roadblock Redah Kebun Sawit, Lagu Latar Jadi Perhatian

[VIDEO] Geng Motor Lari Roadblock Redah Kebun Sawit, Lagu Latar Jadi Perhatian

Sumber : TikTok jay-lorenzo77

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

[VIDEO] Geng Motor Lari Roadblock Redah Kebun Sawit, Lagu Latar Jadi Perhatian

Facebook

Telegram