Viral

[VIDEO] Gigih Ceramahkan ‘Si Bulus’ Tentang COVID-19, Aksi Bapa Ini Lawak Habis

[VIDEO] Gigih Ceramahkan ‘Si Bulus’ Tentang COVID-19, Aksi Bapa Ini Lawak Habis

Sharing is caring!

Perintah Kawalan Pergerakan sejak 18 Mac lalu menimbulkan pelbagi reaksi daripada masyarakat. Bukan sahaja dapat menghindarkan diri daripada jangkitan COVID-19, malah siapa sangka ‘tempoh kurungan’ telah memberi banyak idea kepada masyarakat untuk membuat pelbagai aksi lucu, resepi baru dan apa saja aktiviti yang boleh dijadikan hiburan di rumah.

BACA:Pengunjung Cemas Kena Prank, Lelaki Ditahan Tipu Dirinya Positif COVID-19

Gigih Ceramahkan ‘Si Bulus’ Tentang COVID-19

Tular rakaman yang dimuat naik oleh @sofiarudyy yang memaparkan gelagat ayahnya bersama 4 ekor kucing peliharaan di rumah mereka. Haiwan tersebut seperti faham dan hanya melihat ke arah yang ditunjukkan ketika ayahnya memberi penerangan mengenai COVID-19. Nama gelaran untuk kucing ialah Simba, Luna, Lulu dan Nico.


[VIDEO] Gigih Ceramahkan ‘Si Bulus’ Tentang COVID-19, Aksi Bapa Ini Lawak Habis [VIDEO] Gigih Ceramahkan ‘Si Bulus’ Tentang COVID-19, Aksi Bapa Ini Lawak Habis [VIDEO] Gigih Ceramahkan ‘Si Bulus’ Tentang COVID-19, Aksi Bapa Ini Lawak Habis [VIDEO] Gigih Ceramahkan ‘Si Bulus’ Tentang COVID-19, Aksi Bapa Ini Lawak Habis

Faham tak, ada soalan?

Menerusi rakaman berdurasi 40 saat itu, Rudy memberitahu kepada kucing-kucing tersebut agar tidak keluar dari rumah. Kucing berada paling hadapan terlihat seakan-akan cuba mentafsir apa yang diterangkan padanya membuat kucing tersebut tidak berganjak. Lebih menghiburkan lagi, kucing putih tampil ke hadapan seperti ingin mengajukan soalanΒ  ketika ayahnya bertanya. Perkongsian video tersebut telah mendapat lebih 25 ribu Retweets.

[VIDEO] Gigih Ceramahkan ‘Si Bulus’ Tentang COVID-19, Aksi Bapa Ini Lawak Habis [VIDEO] Gigih Ceramahkan ‘Si Bulus’ Tentang COVID-19, Aksi Bapa Ini Lawak Habis


Tak Boleh keluar…Nanti kena tangkap

Tak cukup dengan itu, seorang pengguna Twitter bernama @aweenwanie juga berkongsi satu rakaman pendek ayahnya kerana tidak membenarkan kucing peliharaannya untuk keluar dari rumah. Wajah comel kucing tersebut seperti meminta simpati agar ayahnya membuka pintu dan mengizinkannya untuk keluar.

Sumber: Twitter sofiarudyy, aweenwanie


Tidak mahu terlepas cerita viral & trending? Jom sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

[VIDEO] Gigih Ceramahkan ‘Si Bulus’ Tentang COVID-19, Aksi Bapa Ini Lawak Habis

Sharing is caring!