Sebut sahaja pasal kucing berwarna oren atau terkenal dengan gelaran ‘Oyen’ ini, memang dah selalu terkait dengan sifat nakalnya. Malah boleh dikatakan banyak sekali video ‘si comel’ itu yang tular di media sosial dan mendapat perhatian ramai. Namun, berbeza dengan gelagat seekor kucing ini yang dilihat sangat baik di pangkuan tuannya.
BACA: [VIDEO] Oyen Rembat Ayam Dalam Pinggan, Lawak Bila Tuan Rampas Makan Balik
Alahai reda teruk ni orang guna dia buat demo mandikan baby
Menerusi satu perkongsian video di Twitter @anthraxxxx, haiwan tersebut cuma reda apabila dijadikan model oleh tuannya untuk melakukan satu demo. Lelaki berkenaan menggunakan ‘Oyen’ untuk menunjukkan cara-cara bagi memandikan serta menguruskan bayi. Malah sebuah besen turut digunakan sekali bagi melakonkan semula langkah tersebut.
Comel je ha kat situ gulung badan macam baby betul
Sambil memandang ke atas, kucing berkenaan bahkan tidak takut dan cuma akur selain seperti memahami apa yang sedang dilakukan oleh tuannya. Bukan itu sahaja, ‘si comel’ tersebut terlihat sangat selesa tak ubah seperti seorang bayi di pangkuan ibu.
Man teaches how to bathe a baby and kitteh becomes his model pic.twitter.com/ANEln1kT1N
— Toon Seri Anthraxxxx (@anthraxxxx) November 11, 2020
Aku syak ni bukan kucing oren. Biasa ‘oyen’ ni perangai dia lain macam sikit
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen ‘geram’ melihat perlakuan haiwan itu yang lain daripada biasa. Malah ada juga yang berseloroh mengatakan semuanya hanyalah sekadar lakonan sedangkan sifat sebenar kucing tersebut sangat nakal.
Sumber: Twitter Anthraxxxx
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura