[VIDEO] Guling-Guling Je Dapat Bola, Netizen Berdekah Lihat Skil Aidil Semalam
Semalam merupakan detik yang cukup menggembirakan buat peminat-peminat bola tanah air apabila skuad Harimau Malaya telah berjaya menundukkan pasukan Thailand dalam kelayakan Piala Dunia 2022. Kemenangan 2-1 itu merupakan hasil daripada corak permainan serta kerjasama yang cantik daripada setiap ahli pasukan. Dalam kegembiraan meraikan kemenangan itu, terjadi satu aksi kelakar di atas padang yang dibuat oleh Aidil Zafuan.
BACA: Bekas Pemain Harimau Muda Terpaksa Bersara Awal Selepas Mata Alami Kecacatan
“Style nak mateyyyyyy skil ni ha”
Aksi luar biasa yang juga dianggap kelakar itu turut mendapat perhatian media troll antarabangsa. Video berdurasi kurang dari 10 saat tersebut menunjukkan Aidil seolah-olah berguling di atas padang selepas terjatuh ketika sedang merebut bola. Tanpa disangka, lelaki tersebut bangkit seperti tiada apa berlaku dan terus menendang bola yang lalu di hadapan matanya.
Style nak mateyyyyy gaisss skill ni ha#HarimauMalaya pic.twitter.com/NCtaZ16K9N
— Muhammad Haziq (@yourexfattyman) November 14, 2019
Advertisement

Malaysia bangkit mendahului separuh masa kedua
Walaupun agak ketinggalan pada awalnya dengan 1-0 apabila pasukan Thailand berjaya menjaringkan gol melalui pemain Chanathip Songkrasin, namun Malaysia mampu bangkit semula dengan jaringan gol daripada Brendan Goh sekali gus menyamakan kedudukan. Selepas berehat selama 15 minit, pasukan Harimau Malaya berjaya mendahului 2-1 apabila Sumareh berjaya menjaringkan satu lagi gol.
Satu mamak berdekah weh, boleh pulak macam tu hahahaha
Ramai netizen mengakui terhibur dengan aksi yang telah ditunjukkan oleh Aidil Zafuan semalam. Ada yang memuji ‘lakonannya’ itu dianggap berhasil. Apa-apa pun, prestasi pasukan Malaysia diakui terbaik oleh peminat bola tanah air.
Sumber: Twitter Muhammad Haziq
Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI