[VIDEO] Hajat Sahur Di Masjid Terbantut, Lelaki Panik Bila Dikejar 3 Anjing!

Pengalaman dikejar anjing pastinya menjadi detik yang amat menakutkan untuk sesetengah orang. Bukannya apa. Dalam keadaan panik dikejar itu, kadang-kadang kita boleh hilang kawalan lebih-lebih lagi kalau sedang menaiki kenderaan. Demikianlah hal yang terjadi kepada seorang lelaki ini yang dikejar 3 ekor anjing di sekitar kawasan perumahan. Dia yang sempat merakamkan kejadian tersebut telah memuat naik videonya ke Twitter dan mendapat sekitar 16,000 retweets setakat ini.

BACA : [VIDEO] Bila Diberi Makan Lahap Habis, Rupanya Anjing Ini Ditinggalkan Sebab

Niat bersahur di masjid tak kesampaian…

Menurut lelaki ini, dia yang menunggang motosikalnya sedang dalam perjalanan ke masjid untuk bersahur. Siapa sangka 3 ekor anjing yang berkeliaran di sekitar tong sampah mula mengejarnya apabila dia melintasi kawasan perumahan tersebut.

Kelibat anjing-anjing yang secara tiba-tiba meluru terus membuatkan lelaki ini panik sekaligus membawa motosikalnya dengan lebih laju.

Netizen yang menyaksikan video ini turut terhibur dan sempat berkongsikan pengalaman dikejar anjing.

Kalau anjing kejar, sergah balik…Jangan lari

 

 I feel you bro…Aku pernah kena 2 kali macam ni

Hahahah semoga tabah…Mesti tak sempat sahur masjid, kan?

Sumber : Twitter Imran

Apa Komen Anda?