Cinta Inspirasi

[VIDEO] Hamil Kali Kedua Lepas Gugur, Suami Berjurai Air Mata Dapat Rezeki 2020

[VIDEO] Hamil Kali Kedua Lepas Gugur, Suami Berjurai Air Mata Dapat Rezeki 2020

Sharing is caring!

Suami isteri mana yang tidak menginginkan anak? Malah bukan mudah untuk menanggung kesedihan apabila mendapati kandungan hasil perkahwinan mereka telah gugur. Lebih menyedihkan lagi, kenalan mula mempersoalkan bila waktu untuk memperoleh cahaya mata sedangkan pelbagai cara telah dilakukan. Ujian getir ini telah dialami oleh seorang instafamous yang berkongsi cerita di akaun peribadi miliknya.

BACA: [VIDEO] Konon Nak Hantar Ke Sekolah, Ibu Berdekah Bila Perasan Anak Tak Ikut

Kecewa dengan netizen

Baru-baru ini, Natasya Nazreen telah memuat naik gambar bersama suami untuk memberitahu umum atas kehamilannya.  Berita yang dikongsi dia sedikit sebanyak membantu dalam menyembuhkan kesedihannya kerana pernah mengalami keguguran.  Bukan itu sahaja, Natasya sempat berkongsi kekecewaan dan rasa tertekan yang pernah dialami sebelum disahkan mengandung untuk kali kedua….

[VIDEO] Hamil Kali Kedua Lepas Gugur, Suami Berjurai Air Mata Dapat Rezeki 2020


[VIDEO] Hamil Kali Kedua Lepas Gugur, Suami Berjurai Air Mata Dapat Rezeki 2020

Selalu sedih orang tanya pasal anak

Kegembiraan yang tidak terhingga telah dirasai oleh suaminya iaitu Asyraff Mazlan. Tidak melepaskan peluang, dia juga memuat naik berita gembira itu di akaun Instagram miliknya. Asyraff memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi atas anugerah yang sangat berharga kerana berita ini juga akan menghilangkan kesedihan isterinya selama ini. Tidak tertinggal, lelaki ini juga telah mendedahkan kekecewaanya terhadap segelintir netizen bertanya mengenai anak sedangkan isterinya baru lepas keguguran.

[VIDEO] Hamil Kali Kedua Lepas Gugur, Suami Berjurai Air Mata Dapat Rezeki 2020

[VIDEO] Hamil Kali Kedua Lepas Gugur, Suami Berjurai Air Mata Dapat Rezeki 2020


Prank sampai menangis

Siapa sangka, berita yang ditunggu-tunggu selama ini juga disampaikan dalam bentuk prank dari isterinya sendiri. Asyraff tidak percaya bahawa dirinya akan menangis kerana perasaan sebak, gembira dan terkejut datang pada masa yang sama. Video Asyraff tersebut telah dikongsi oleh seorang pengguna twitter bernama Emylya di dalam akaun peribadinya.

[VIDEO] Hamil Kali Kedua Lepas Gugur, Suami Berjurai Air Mata Dapat Rezeki 2020

Sumber: Instagram  Asyraff Mazlan & Natasya Nazreen Twitter Emylya


Tidak mahu terlepas cerita viral & trending? Jom sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

[VIDEO] Hamil Kali Kedua Lepas Gugur, Suami Berjurai Air Mata Dapat Rezeki 2020

Sharing is caring!