[VIDEO] Hamil Luar Nikah Sebab WeChat, ‘Rumah Siti Khadijah’ Sarat Pengajaran!

Setiap orang berhak diberikan peluang kedua dan kembali ke pangkal jalan. Apalagi jika yang menanggung derita kesilapan tersebut adalah golongan gadis muda yang senang dipengaruhi oleh janji-janji manis lelaki. Dengan tema mengangkat isu-isu yang dihadapi oleh warga rumah perlindungan wanita, itulah keunikan yang dibawa naskah ‘Rumah Siti Khadijah’ (RSK) berbanding drama-drama Melayu yang selalu kita tonton sebelum ini.

BACA: [VIDEO] Surat Buat Abah, Kisah Raya Terakhir Issey Paling Sebak

Kenal 3 bulan kat WeChat..terus percaya kata-kata lelaki

Dalam episod terakhir minggu ini, isu yang diketengahkan adalah penangan buruk media sosial terhadap para belia sekarang ini. Siapa sangka, perbualan di aplikasi WeChat telah mengundang padah buat gadis bernama Delina apabila terlanjur dengan buah hatinya hingga hamil di luar nikah. Situasi itu turut dikesali oleh ibu kandung gadis terbabit (Amyza Aznan) kerana mendatangkan malu kepada keluarga mereka. 

“Dia sayang Lina…sebab tu Dia uji”

Gara-gara itu, dia telah dihantar ke rumah perlindungan wanita oleh bapa saudaranya. Delina telah mendapat bimbingan yang sepatutnya sepanjang berada di sana hinggalah dia ditakdirkan kehilangan anak dalam kandungannya selepas terjatuh dalam bilik air.

Inilah realiti kehidupan yang berlaku..

Selain dilakonkan barisan selebriti terkenal seperti Farahdhiya, Faezah Elai, Nina Iskandar dan Intan Ladyana selaku tenaga pengajar, episod kali ini turut sarat dengan nasihat dan pengajaran. Rata-rata netizen turut memuji karya tersebut kerana memaparkan realiti gejala sosial yang semakin menular dalam kalangan masyarakat masa kini.

Geram dengan lelaki macam gini..

Sumber: IG dramasangat, faezahelai, farahdhiya_fd & intanladyana

Apa Komen Anda?