[VIDEO] Haqiem Rusli Ajak Jemaah Umrah Berzikir & Selawat, Merinding Habis..

Menjadi impian semua penganut Islam untuk menjejakkan kaki di Tanah Suci sekurang-kurangnya sekali seumur hidup kan? Malah detik itu akan jadi lebih indah seandainya kita dapat membawa sekali cinta hati atau keluarga tersayang bagi mengerjakan ibadah istimewa di sana. Itulah cara penyanyi Haqiem Rusli membalas jasa pengorbanan ibu dan bapa yang turut menjadi inspirasi kepada ramai masyarakat sejak bertolak dari Malaysia pada hujung November lalu.

BACA:Β Haqiem Rusli Pohon Doa Peminat, Berangkat Tunai Umrah Bersama Keluarga

Advertisement

Bukan selalu nak dengar Haqiem berzikir & selawat

Meskipun semua dah sedia maklum dengan kehebatan vokal penyanyi dan komposer muda ini hingga melayakkan dirinya ke AJL tempoh hari, namun jarang sekali untuk kita dengar sisi lain Haqiem. Menerusi perkongsian beberapa video yang dimuat naik ke laman Instagram peminatnya, Haqiem dilihat menyampaikan zikir dan selawat sewaktu berada dalam bas rombongan di sana.

Advertisement

Nasyid untuk hiburkan para jemaah

Di samping itu, artis berusia 21 tahun ini turut mengalunkan lagu nasyid popular sewaktu berada dalam kenderaan tersebut. Perkara itu sekali gus dilihat dapat menaikkan semangat para jemaah serta mengubat rindu kepada tanah air.

Sedap sangat…moga hidup berkat dalam rahmat Allah

Detik-detik sedemikian ternyata menyentuh perasaan peminat pelantun lagu ‘Lembah Kesepian’ ini. Menerusi ruangan komen, rata-rata mereka memuji kemerduan suara yang boleh dikatakan sama hebat dengan persembahan nyanyiannya sebelum ini. Malah mereka turut mendoakan agar segala ibadah Haqiem sekeluarga diberkati oleh-Nya.

Advertisement

Advertisement

Sumber: IG haqiemrusli98_Β & hr.qiemilio98_

Advertisement

Apa Komen Anda?