Viral

[VIDEO] Hari Malang, Lelaki Tipu Cuti MC Ternganga Jumpa Manager Di Parti Sama

[VIDEO] Hari Malang, Lelaki Tipu Cuti MC Ternganga Jumpa Manager Di Parti Sama

Sharing is caring!

Cuti MC wajib diberikan oleh majikan dan telah menjadi salah 1 hak mutlak untuk dituntut oleh pekerja sekiranya mereka mempunyai masalah kesihatan yang mengganggu kemampuan bertugas. Akan tetapi, peruntukan cuti seperti itu kadangkala disalahgunakan oleh sesetengah staf sekali gus membawa padah besar. Sukar dipercayai, namun kisah seorang lelaki ini mungkin boleh dijadikan pengajaran untuk orang di luar sana.


BACA : Kerap MC Akibat Asma Kronik, Wanita Sarat Hamil Dipecat Kongsi Pengalaman Pahit

Hari yang malang untuk ambil cuti MC…Jumpa manager di parti sama

Difahamkan, dia kononnya berada dalam keadaan tidak sihat dan nekad mengambil cuti MC. Akan tetapi, lelaki terbabit rupanya datang ke sebuah acara yang turut disertai oleh ramai kenalan lain. Dalam keghairahan berjoget-joget sambil diiringi muzik serta lampu lip lap, dia ternganga besar apabila pandangannya beralih kepada satu susuk tubuh yang seakan-akan sangat dikenali. Setelah diteliti betul-betul, siapa sangka individu yang sedang merakamkan moment berparti itu sebenarnya adalah pengurus di tempat kerjanya sendiri.


@bishal_neupane

have u ever face same situation as @nshnavab 🤣🤣🤣😂#trending #comedy #badday

♬ Capone – Oh No – 由user043998上传

Agaknya dia muak kerja tu…Suka tengok ketakutan dalam mata dia

Sejak dimuat naik ke TikTok, rakaman berkenaan berjaya meraih hampir 2 juta tontonan di laman media sosial TikTok sekali gus menghiburkan ramai. Melihat respon daripada tuan badan pula,  dia mengatakan sudah pun ditamatkan perkhidmatan ekoran kejadian berkenaan. Tidak pasti benar-benar dipecat atau mungkin sekadar berseloroh, namun netizen mula membanjiri ruangan komen dan mengakui mereka juga pernah melakukan perkara sama.


@nshnavab

This is why i have been fired from work😔😆😂🇦🇺#comedy #FormalCheck #bts #Boss

♬ original sound – Nsh Navab

[VIDEO] Hari Malang, Lelaki Tipu Cuti MC Ternganga Jumpa Manager Di Parti Sama

[VIDEO] Hari Malang, Lelaki Tipu Cuti MC Ternganga Jumpa Manager Di Parti Sama

[VIDEO] Hari Malang, Lelaki Tipu Cuti MC Ternganga Jumpa Manager Di Parti Sama

Sumber : TikTok nshnavab & bishal neupane

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!

Facebook

Telegram

Topik Panas Minggu Ini