[VIDEO] Haus Sebab Panas, Koala Sanggup Kejar Rider Basikal Demi Seteguk Air

Sejak beberapa minggu yang lepas, fenomena gelombang panas luar biasa telah melanda Australia yang mengakibatkan pelbagai insiden kebakaran di seluruh rantau itu. Malah dianggarkan lebih 100 jenis kebakaran telah berlaku sekali gus mengakibatkan kawasan tumpuan seperti Sydney dilitupi jerebu yang cukup toksik. Situasi itu bukan sahaja mengancam nyawa para penduduk, bahkan turut mengorbankan bermacam jenis haiwan di habitat masing-masing.

BACA: [VIDEO] Aksi Hero Kucing Siam Jadi Viral, Selamatkan Bayi Nyaris Jatuh Tangga

Kredit foto: AFP

Penunggang basikal disapa seekor beruang koala

Advertisement

Baru-baru ini, tular pula sebuah rakaman video amatur yang memaparkan interaksi antara seekor beruang koala dengan sekumpulan penunggang basikal di laman Instagram. Menurut individu bernama Anna Heusler ini, Jumaat lalu dia sedang berbasikal bersama rakan-rakannya di sebuah kawasan di wilayah Adelaide sebelum tiba-tiba ‘disapa’ haiwan ikonik di Australia tersebut.

Sanggup kejar sebab terlalu haus

Advertisement

Menerusi beberapa posting di laman Instagram miliknya, wanita ini menjelaskan bahawa koala tersebut telah mengejar mereka demi mendapatkan seteguk air gara-gara terlalu haus. Difahamkan pada masa itu cuaca di sana mencecah 40 darjah Celcius dan menariknya haiwan mamalia itu terus memanjat naik basikal miliknya sewaktu Anna ingin menghulurkan botol minuman.

View this post on Instagram

Advertisement

There were about a dozen cyclists around me watching this (all men) and several commented that it was genuinely the best thing they’ve witnessed. What a truly wonderful experience. Check out my previous posts this morning for explanation. : : : #cyclingtips #cycling #roadcycling #roadbike #roadbikelife #lifeonabike #travelbybike #cyclingphotography #cycleshots #rideyourbike #instacycle #veloclub #cyclinglife #fromwhereride #switchbacks #roadslikethese #cyclingpassion #cyclingworld #whenindoubtpedalitout #womenonbikes #womenriders @cyclingtips @veloclub.cc @iamspecialized @iamspecialized_wmn @womenridebikes #rideadelaide #radelaide #adelaide #adelaidehills #southaustralia #koala #koalabear #koalabears #australia

A post shared by Lulu (@bikebug2019) on

Advertisement

Kesian ‘budak gebu’ tu dahaga betul…

Setakat ini video berkenaan telah meraih lebih 150 ribu jumlah tontonan sejak dimuat naik pada 2 hari lepas. Perkongsian itu ternyata telah mendapat perhatian netizen dari seluruh dunia yang rata-rata bersimpati dengan nasib haiwan itu apabila perlu berhadapan cabaran cuaca ekstrem. Terdahulu, media antarabangsa turut melaporkan bahawa ribuan beruang koala telah kehilangan nyawa dan habitat mereka gara-gara fenomena kebakaran hutan.

Advertisement

Advertisement

Sumber: IG bikebug2019Astro Awani

Advertisement

Apa Komen Anda?