[Video] Hero Tunggal Bella Astillah Tersungkur, Sempat Pula Membebel

Gelagat dan telatah si manja sememangnya mampu mencuit hati setiap insan terutamanya para ibu dan bapa. Mana tidaknya, boleh dikatakan ada sahaja perkara yang dilakukan mereka membuatkan kita tersenyum bahagia. Malah dengan teknologi yang serba moden kini, pastinya ramai ibu bapa gemar berkongsi gelagat dan perkembangan si manja mereka menerusi laman sosial masing-masing.

BACA : Isteri Tak Nampak, Gelagat Aeril Ambil Kesempatan Susukan Baby Lawak Habis

Hero cilik tersungkur ke lantai

Terbaharu, sebuah rakaman video memaparkan gelagat comel anak tunggal kepada selebriti Bella Astillah dan Aliff Aziz iaitu Ayden Adrean tersungkur ketika bermain gelongsor di sebuah pusat hiburan kanak-kanak. Aksi comel si cilik berusia tiga tahun itu ternyata menarik perhatian netizen. Setakat ini, video berdurasi kurang daripada seminit yang dimuat naik Bella di laman Twitternya itu meraih lebih dari 200 ribu tontonan.

Advertisement

Okay, Ayden pegang…

Pada awalnya, Ayden yang kelihatan teruja itu sempat dinasihatkan agar berpaut pada poket pelampung itu. Namun sebaik sahaja pelampung tersebut bergerak turun, Ayden secara tidak sengaja melepaskan pegangan itu dan menyebabkan dia akhirnya tersungkur ke hadapan.

Advertisement

Marah betul, kepala tak terkehel ke

Tidak cukup dengan itu, gelagat spontan Ayden yang cuba bangun dan memarahi Bella membuatkan netizen tidak kering gusi. Mana tidaknya, si cilik itu menyalahkan ibunya yang menyebabkan dia tersungkur. Menjengah ke ruangan komen pula, rata-rata mereka akui terhibur melihat gelagat comel kanak-kanak itu. Malah ada antara mereka meluahkan rasa bimbang akan keadaan Ayden.

Advertisement

Sumber : Twitter Bella Astillah

Advertisement

Apa Komen Anda?