[VIDEO] “High Note Tu Mantap!”- Duet Sarah & Han Byul Curi Tumpuan Di Big Stage

Diam tak diam, rancangan realiti TV yang berkonsepkan pertandingan nyanyian Big Stage 2019 semakin menghampiri kemuncaknya. Konsert minggu separuh akhir yang berlangsung di Auditorium MBSA, Shah Alam menyaksikan harapan Fieya Julia dan Kucaimars untuk ke final lebur apabila kedua-duanya diumumkan tersingkir pada malam tadi. Perkara ini sekali gus mengesahkan senarai 5 finalis iaitu Neeta, Han-Byul, Adzrin, Irfan Haris dan Dinda Permata yang bakal berentap untuk gelaran juara pada minggu hadapan.

BACA: “Lagi Best Dari Show ABPBH” – Netizen Puji Gandingan Neeta & Han Byul, Gempak!

‘Dirgahayu’ gandingan Han Byul & Siti Sarah paling curi tumpuan

Konsert minggu ke-7 semalam menyaksikan kesemua peserta melakukan 2 tema persembahan iaitu ‘Road To Final‘ dan ‘Duet’ bersama artis tempatan. Malah antara yang masih menjadi bualan ramai selepas konsert tersebut adalah gandingan Siti Sarah bersama wakil artis Korea Selatan iaitu Han Byul yang menyampaikan lagu ‘Dirgahayu’

Duet terbaik malam tadi…Sarah pun tak overshadow Han Byul

Menerusi paparan video itu, kedua-dua mereka nyata seperti berada dalam kelas tersendiri sewaktu menyampaikan lagu itu. Malah juri jemputan iaitu Tam Spider turut berbangga dengan Han Byul kerana mampu membawa lagu Melayu dengan penuh penghayatan meskipun awalnya ada beberapa bahagian yang agak kurang jelas. Dalam pada itu, rata-rata peminat di media sosial juga memuji nada suara tinggi yang berjaya dihasilkan oleh kedua-dua penyanyi berbakat ini.

Sumber: YouTube F8Buzz & FB Astro Gempak

Apa Komen Anda?