Viral Isu Semasa

[VIDEO] Hilang Selama 40 Jam, Warga Emas Ditemui Terbaring Lemah Dalam Lumpur

[VIDEO] Hilang Selama 40 Jam, Warga Emas Ditemui Terbaring Lemah Dalam Lumpur

Isu orang tua yang terbiar di tempat awam bukanlah perkara pelik di kalangan orang ramai. Kadangkala golongan ini tidak lagi mempunyai keluarga atau pun telah dibuang oleh anak-anak sendiri. Walau bagaimanapun, lain sedikit kisahnya bagi warga emas yang ditemui dalam keadaan menyayat hati di Kluang, Johor baru-baru ini.

BACA: [VIDEO] Kecil Tapi Pantas Bertindak, Anggota MBJB Jadi Hero Banteras Peragut

Ditemui dalam keadaan lemah & diselaputi lumpur, hilang selama 40 jam

Memetik laporan Harian Metro, warga emas bernama Low Chon Tai telah ditemui dalam keadaan lemah dan terbaring dalam lumpur sekitar jam 11.30 pagi semalam. Menurut Ketua Polis Daerah Kluang, wanita berusia 87 tahun berkenaan dilaporkan hilang selama 40 jam selepas keluar dari rumahnya untuk mencari bekas minuman serta kotak terpakai pada 30 Ogos lalu.


[VIDEO] Hilang Selama 40 Jam, Warga Emas Ditemui Terbaring Lemah Dalam Lumpur

[VIDEO] Hilang Selama 40 Jam, Warga Emas Ditemui Terbaring Lemah Dalam Lumpur

Dibantu oleh pekerja tapak pembinaan, diangkat ke tempat yang selamat

Menerusi sebuah video TikTok @tiaaidilakifarsya345, Low Chon Tai dibantu oleh beberapa orang pekerja tapak pembinaan berkenaan. Mereka dilihat telah mengangkatnya ke tempat yang lebih selamat sementara menunggu pasukan perubatan tiba di tempat kejadian.


[VIDEO] Hilang Selama 40 Jam, Warga Emas Ditemui Terbaring Lemah Dalam Lumpur

@tiaaidilakifarsya345

Sadis bgt..siapa yg tega nglakuin ini..gk mau ama org tuanya titipkan dipanti jompo#johor #SubwayIsFresh #aidilakifarsya #fypシ

♬ original sound – 💞Tiajony💞loppe🦄🍭 – 💞Tiajony💞loppe🦄🍭

Identiti disahkan oleh anaknya, pihak berkuasa nafikan dakwaan kononnya ditanam hidup-hidup

Wanita berkenaan telah dihantar ke pusat perubatan berdekatan dan identitinya telah disahkan oleh si anak. Mengulas lanjut mengenai kejadian tersebut, Asisten Komisioner Mohd Abduh Ismail turut menafikan dakwaan yang menjadi viral kononnya warga emas terbabit telah ditanam secara hidup-hidup.

[VIDEO] Hilang Selama 40 Jam, Warga Emas Ditemui Terbaring Lemah Dalam Lumpur


Sumber: FB Harian Metro, TikTok @tiaaidilakifarsya345

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

[VIDEO] Hilang Selama 40 Jam, Warga Emas Ditemui Terbaring Lemah Dalam Lumpur

Facebook

Telegram