[VIDEO] Ibu Sebak Anak Dari Alaska Buat Surprise, Tapi Suara Perakam Paling Win

Tatkala anak-anak semakin berjauhan daripada keluarga, ibu mana yang tak merasa rindu. Mungkin sebab itu jugalah seorang ibu ini gagal menahan sebak apabila anak perempuannya membuat kejutan ketika dia sedang berada di kedai makan. Video itu sudah mendapat sekitar 11,000 retweets setakat ini. Akan tetapi, wanita yang merakamkan moment tersebut turut menjadi bualan netizen.

Baca : Sedih Hos Dapat Jawapan Sepatah…Gelagat Datuk M. Nasir Buat Ramai Terhibur

Kakak aku balik dari Alaska dan buat kejutan sempena hari jadi mak. Reaksi dia sangat tak ternilai!

Apabila melihat anak perempuannya di depan mata, si ibu benar-benar terkesima sebelum menitiskan air mata. Pastinya ia moment yang amat bermakna buat dirinya.

Dalam masa sama, wanita yang memegang kamera itu juga tidak ketinggalan menjadi bualan netizen. Nada ketawanya yang kuat dan melucukan telah menghiburkan ramai.

Ketawa dia macam kaset rosak…Ulang-ulang

Yang ketawa ni kelakar walaupun tengah scene air mata

Aku nak nangis tapi orang gelak tu tak berhenti…

Sumber : Twitter Fauzan

Apa Komen Anda?