Family

[VIDEO] Aafiyah Tertinggi Suara Masa Teruja Main, Terus Pujuk Tokti-“Ibu Sedih”

[VIDEO] Aafiyah Tertinggi Suara Masa Teruja Main, Terus Pujuk Tokti-“Ibu Sedih”

Sharing is caring!

Gelagat Aafiyah yang merupakan anak tunggal kepada Dato’ Seri Siti Nurhaliza sering menjadi tumpuan penuh para peminat khususnya di Instagram. Baru menginjak ke usia 2 tahun pada 2020, kanak-kanak berkenaan sudah sangat mahir berkata-kata terutamanya saat menghabiskan masa dengan ibu tercinta. Ia juga dibuktikan menerusi sebuah rakaman yang dikongsikan kembali oleh akaun @ctsharina ini. Namun apa yang dipaparkan pula cukup membuatkan barisan peminat ‘cair hati’.


BACA : Hafidz Roshdi Timang Baby Boy, Luah Syukur Tarikh 9.9 Sama Dengan Anak Sulung

Its okey…Ibu jangan sedih

Sama seperti kanak-kanak lain, Aafiyah dilihat begitu gembira saat berseronok dengan alat permainannya. Kononnya sedang membina sebuah bangunan istana, tiba-tiba permainan kayu berkenaan telah jatuh ke lantai. Dalam tidak sedar, kedengaran nada suaranya menjadi agak kuat sebelum Tokti sempat membuat reaksi sayu. Semacam sedar ibunya sedang bersedih, dia terus berhenti bermain dan terus memujuk dengan manja. Tidak ketinggalan, Aafiyah juga menghadiahkan satu kucupan manis kepada ibu kesayangannya.


Baik dan cerdik sungguh Aafiyah ni…So sweet

Sejak dimuat naik beberapa hari lalu, rakaman pendek berkenaan sudah meraih lebih 100 ribu jumlah tontonan daripada netizen. Bukan sahaja senang hati melihat ukhuwah kedua-dua anak beranak tersebut, malahan mereka memuji kecerdikan Aafiyah ketika memujuk Tokti yang sedang bersedih.


[VIDEO] Aafiyah Tertinggi Suara Masa Teruja Main, Terus Pujuk Tokti-“Ibu Sedih”

[VIDEO] Aafiyah Tertinggi Suara Masa Teruja Main, Terus Pujuk Tokti-“Ibu Sedih”

[VIDEO] Aafiyah Tertinggi Suara Masa Teruja Main, Terus Pujuk Tokti-“Ibu Sedih”

[VIDEO] Aafiyah Tertinggi Suara Masa Teruja Main, Terus Pujuk Tokti-“Ibu Sedih”

Sumber : Instagram Siti Sharina Abdul Aziz

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!