Hiburan Family

[VIDEO] Ibu Tak Sihat, Datuk Fizz Fairuz Sebak Lihat Anak Sulungnya Jaga 2 Adik

[VIDEO] Ibu Tak Sihat, Datuk Fizz Fairuz Sebak Lihat Anak Sulungnya Jaga 2 Adik

Sharing is caring!

Sebelum ini, Datuk Fizz Fairuz memaklumkan bahawa isterinya iaitu Datin Almy Nadia telah dimasukkan ke salah sebuah pusat perubatan di Setapak, Kuala Lumpur. Kejadian tersebut adalah gara-gara pelakon wanita itu menghidap masalah batu karang dalam hempedu. Sejak itu, beliau telah mengambil alih tugasan untuk menjaga tiga orang anak perempuannya.


BACA: Tahu Isteri Datuk Fizz Fairuz Keguguran, Mimi Peri Titip Doa Dari Indonesia

“Syukur dapat anak yang rajin & baik macam kakak…Terima kasih bantu papa, love you sayang”

Menerusi posting terbaru di Instagram, pelakon filem ‘Mat Tudung’ itu sempat merakamkan gelagat anak sulung mereka ketika berada di sebuah parkir. Nur Afrina Arianna dilihat mendukung adik bongsu Ayra serta memimpin tangan Aurora. Beliau turut meluahkan rasa sebak apabila melihat pengorbanan kanak-kanak berusia 5 tahun tersebut kerana sanggup membantunya untuk menjaga adik-adik. 


Gigih dukung adik, nampak tanggungjawab  kat situ…Bagus didikan yang mama & papa dia bagi

Di ruangan komen, Datin Almy Nadia meluahkan rasa terharu kerana Arianna seolah-olah memahami keadaan sedang dilalui olehnya dan suami. Bukan sahaja memuji sikap bertanggungjawab si cilik berusia 5 tahun itu, malah rata-rata netizen turut bersetuju anak-anak adalah harta yang tidak ternilai. Selain itu, mereka juga mengatakan pelakon berkenaan telah memberikan didikan yang baik kepada si cilik tersebut.


[VIDEO] Ibu Tak Sihat, Datuk Fizz Fairuz Sebak Lihat Anak Sulungnya Jaga 2 Adik

[VIDEO] Ibu Tak Sihat, Datuk Fizz Fairuz Sebak Lihat Anak Sulungnya Jaga 2 Adik

[VIDEO] Ibu Tak Sihat, Datuk Fizz Fairuz Sebak Lihat Anak Sulungnya Jaga 2 Adik

[VIDEO] Ibu Tak Sihat, Datuk Fizz Fairuz Sebak Lihat Anak Sulungnya Jaga 2 AdikSumber: Instagram fizzfairuzofficial

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!