[VIDEO] Indonesia Jerebu Sampai Turun ‘Salji’, Pelajar Rayu Doa Rakyat Malaysia

Ekoran masalah jerebu yang terlampau teruk, baru-baru ini viral mengenai keadaan langit sesetengah kawasan di Indonesia yang bertukar menjadi merah. Keadaan itu nyata mencetuskan panik dalam kalangan penduduk tempatan serta masyarakat dunia sehingga ada yang turut menyatakan perkara itu sebagai gambaran waktu di Akhirat kelak. Menurut laporan berita, fenomena terbabit berpunca daripada kebakaran hutan di wilayah Jambi sehingga menyebabkan kawasan itu menjadi gelap sebelum bertukar merah pada Khamis lalu.

BACA: Anak Buah 5 Tahun Dapat Telefon, Habis Dikacaunya Tunang Makcik Guna Voicenote!

Doakan kami anak Malaysia di sana…2 petang dah macam Maghrib

Terbaru, tular beberapa rakaman mengenai suasana kawasan terjejas yang dibuat oleh seorang penuntut Malaysia dikenali sebagai Muhammad Fikri Badrudin. Ujar pemuda berusia 22 tahun ini, keadaan jerebu di lokasi dia belajar itu belum pulih sebaliknya bertambah buruk sejak beberapa minggu lalu.

Siap buat liputan berita

IPU mencecah hingga angka 638…ramai dah pulang sebab tak tahan

Jelas penuntut tahun akhir jurusan Syariah Hukum Keluarga ini lagi, kawasan persekitaran yang tidak selamat itu menyebabkan semua orang sukar menjalankan aktiviti harian seperti biasa. Dalam pada itu, dia berharap agar posting ini disampaikan kepada lebih ramai pihak seterusnya memohon doa mereka terhadap kesihatan para penuntut Malaysia di wilayah terbabit. Setakat ini, video tersebut telah meraih lebih 4 ribu retweets selepas dimuatnaik pada semalam.

Keluar rumah tak boleh…pakai topeng pun masih terhidu asap

Sumber: Twitter wawe_15Harian Metro

Apa Komen Anda?