[VIDEO] “Ingat Comel Ke..”- Gadis TikTok Dikecam Sembang Lebih Pasal Bab RogoI?

Sejak kebelakangan ini, terdapat banyak kisah mengenai perpisahan sesuatu hubungan cinta ditayang di laman media sosial. Meskipun terdapat pelbagai punca yang menyumbang ke arah itu, tetapi majoritinya berlaku disebabkan oleh kehadiran pihak ketiga. Dan walaupun perkara negatif ini sering dibincangkan dalam kalangan masyarakat, namun kita tidak boleh sekali-kali memperlekeh atau membuat lawak daripadanya.

BACA: “Macam I Ada Degree..” – Wanita Ini Dikecam Sebab Demand Sangat Hantaran?

Gambar sekadar hiasan

Kalau orang perempuan cvrang nak buat apa?

Baru-baru ini, viral sebuah video yang memaparkan seorang gadis yang sedang menjawab soalan pengikutnya di ruangan ‘Ask Me A Question‘ menerusi laman Instagram miliknya. Namun, gadis yang difahamkan seorang Instafamous ini juga telah mencuri perhatian ramai apabila dia memberikan jawapan kontroversi apabila ditanyakan satu soalan tentang apa yang perlu dilakukan kepada seorang perempuan sekiranya dia ‘kantoi’ berselingkuh dengan lelaki lain.

Meskipun dia berseloroh dan seolah-olah bergurau semasa menjawab soalan tersebut, namun rata-rata netizen telah meluahkan rasa pelik dan kurang senang mereka terhadap video itu. Antara komen yang diluahkan adalah berbentuk luahan kecewa terhadap golongan anak muda masa kini yang sanggup memperkecil isu serius seperti itu, manakala yang lainnya pula memberi sindiran bahawa suatu hari nanti gadis ini akan termakan jua kata-katanya sendiri.

Sumber: Twitter AdwinWidanta

Apa Komen Anda?