[VIDEO] “Ingat Dah Power Makeup..”- Ragam Aeril & Wawa Usik Anak Terhibur Habis

Sebut sahaja tentang sepasang suami isteri ini, pasti ramai sedia maklum dengan perangai sporting atau lawak ‘gila-gila’ mereka. Menariknya tentang pelakon Aeril Zafrel dan Wawa Zainal, mereka sentiasa meluangkan masa bersama keluarga walaupun ada kala terikat dengan komitmen industri hiburan dan urusan perniagaan. Malah tidak lama lagi, mereka bakal menerima ahli keluarga baru juga memandangkan Wawa kini sarat hamil.

BACA: Babak Hindustan Bersama Janna Nick Tarik Perhatian Isteri Aeril Zafrel Di IG

Ingat practice makeup hasil dah power, tapi..

Terbaru, pelakon drama ‘Cari Aku Di Syurga’ ini ada memuat naik sebuah video yang menampilkan gelagatnya disolek anak perempuan mereka iaitu Hayla Maghfiratul Adzkiyaa. Setelah wajahnya siap dicantikkan, Aeril sempat berseloroh dan membuat reaksi terkejut sebaik menyaksikan hasil kerja kanak-kanak berumur 4 tahun itu.

View this post on Instagram

Aku ingat hari2 dia practise makeup hasilnya dah power…tapi…

A post shared by AERIL ZAFREL (@aeril_zafrel) on

Mama, cantik kan adik pakai eyeliner?

Menjengah ke laman Instagram milik Wawa pula, Hayla turut dilihat bertanyakan tentang hasil eyeliner kepada ibunya. Nampaknya, dia tidak dapat menahan sebak apabila disakat selebriti berusia 28 tahun itu yang menyatakan wajahnya seakan-akan zombi.

View this post on Instagram

🥴 xtau la mana lagi nak sorok barang2 makeup ni😂

A post shared by Wawa Zainal ™️ (@w4w4_zainal) on

Rajinnya melayan…Nampak la anak tauke makeup

Menyaksikan kedua-dua rakaman video berkenaan, rata-rata peminat memuji sikap Aeril dan Wawa yang tak pernah jemu melayan karenah ‘buah hati’ mereka. Selain terhibur dengan gelagat tiga beranak ini, ada juga yang memuji nada percakapan aktor tersebut kerana begitu mirip dengan dialek asli Sabah.

Sumber: IG aeril_zafrel & w4w4_zainal

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI

Apa Komen Anda?