[VIDEO] “Ingat H0neymoon Ke?” – Aksi Couple Di Tangga Batu Caves Ini Dikecam!

Perasan tak setiap kali lalu ruang legar pusat beli-belah, panggung wayang, atau di perhentian bas depan sekolah sekalipun, pasti akan terlihat pergaulan remaja antara lelaki dan perempuan yang kadang-kadang agak berlebihan? Mungkin kerana tiada sedikit perasaan malu, perlakuan ini malah dianggap ‘biasa’ oleh si pelaku. Terbaru, viral satu paparan video yang memaparkan sepasang couple sedang bertemu janji di sekitar tangga Batu Caves walaupun ada ramai pelawat lalu-lalang.

BACA: Ditegur Makcik Susukan Anak Kat Tempat Awam, Jawapan Wanita Ini Undang Kecaman

Video itu dikongsikan oleh seorang netizen di laman Twitter dan telah mendapat 2 ribu retweets setakat ini.

Dapat dari group WhatsApp. Adakah mereka ingat boleh terlepas daripada teguran kerana pelawat di sana bukan MusIim? Pertama sekali, tolong hormat tempat suci setiap agama. Yang kedua, semua agama ajar tentang moral. Apa yang couple ini fikir mereka boleh ‘geIi-geIi’ di sana saya pun tak faham.

Walaupun tidak dipastikan sama ada mereka berstatus suami isteri serta warganegara ataupun tidak, aksi berikut tetap dikecam ramai. Hal ini kerana tindakan mereka telah menjejaskan imej Batu Caves sebagai kawasan tumpuan untuk beribadat dan juga pelancongan.

Ingat apa tengah h0neymoon sambil tengok pemandangan?

Maaf pasal ni…tapi rata-rata couple macam ni takda otak

Dekat tangga pun bedal lah…

Sumber: Twitter fvkhrie

Apa Komen Anda?