Personaliti seseorang kadang-kadang nampak sahaja kasar, tetapi sebenarnya dalam hati ada taman. Lebih-lebih lagi kalau dah melibatkan hal anak dan juga keluarga, pasti ketegasan tersebut senang saja ditepis seperti yang ditunjukkan seorang lelaki ini.
BACA: Anak ‘Picky Eater’ Punca Mak-Mak Bertukar Jadi Hulk? Try Pujuk Guna 5 Cara Ini
Kami memang gurau kasar, call cakap rindu pun jadi masalah
Sebelum ini sempat tular di TikTok, kisah seorang suami yang bercakap secara kasar dengan isterinya dek kerana terlalu rindu ketika sedang bekerja. Namun rupa-rupanya itu adalah cara pasangan tersebut berkomunikasi antara satu sama lain. Baru-baru ini, keluarga berkenaan kembali meraih perhatian apabila lelaki itu dilihat cuak sehinggakan berpeluh ketika perlu mendaftarkan anaknya di sebuah klinik kesihatan.
@hananisyafirdaus kami memang gurau kasor haha,😂 call ckp rindu pun jadi masalah 🤣🤣#masukberandafyp #rancakraya #fyp #viralterkini #fypシ #raya2022
Inilah perangai suami saya nak daftar klinik pun tak reti
Menerusi klip video yang baru dimuat naik itu, si bapa telah bergegas ke pusat rawatan selepas badan anaknya panas secara tiba-tiba. Sambil mendukung si kecil serta membawa sijil kelahirannya, lelaki berkenaan berkali-kali bertanya kepada isteri tentang apa yang ingin diberitahu kepada doktor.
@hananisyafirdaus Nak daftar pun tak reti cakap🤣#ciptamemoribersama❤ #fypシ #fyp #tiktokmalaysia #viralterkini #masukberandafyp
Samalah kita, laki tahu bawa dan bayar. Part nak jumpa doktor ni bini
Meninjau ruangan komen, rata-rata netizen mempunyai pengalaman yang hampir sama tidak kiralah bersama ayah ataupun pasangan sendiri. Malah bukan itu sahaja, ramai yang juga sempat mendoakan kesejahteraan serta kebahagiaan keluarga kecil berkenaan.
Kredit: TikTok Hananisyafirdaus
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura
![Kisah Dunia [VIDEO] Ingatkan ‘Keras’ Sangat, Suami Cuak Habis Nak Bawa Anak Jumpa Doktor](https://pnews.space/wp-content/uploads/2020/06/pnews.space-d397ded5566d26d0ff425878996136e7.jpg)