[VIDEO] “Ingatkan Nyanyi Je Sedap..”- Alif Satar Kongsi Alunan Surah, Meremang!

Sebut sahaja namanya, ramai sudah sedia maklum dengan bakat versatile yang dimiliki oleh jejaka tampan ini. Walaupun bakat pertamanya dicungkil menerusi sebuah program realiti nyanyian beberapa tahun lalu, kini Alif Satar turut dikenali sebagai aktor dan hos yang cukup disegani dalam industri hiburan tempatan. Selain itu, selebriti berusia 29 tahun ini juga pernah menjadi tumpuan lensa kamera beberapa kali menunaikan solat Jumaat secara langsung.

BACA: “Ibu Perlu Sokongan Yang Kuat” -Kapsyen Isteri Alif Satar Buat Netizen Tersentuh

Salam Jumaat semua

Baru-baru ini, penyanyi lagu ‘Sesungguhnya Aku’ sekali lagi menjadi perhatian ramai di laman Instagram miliknya apabila memuat naik video rakaman membaca surah semasa berada dalam keretanya, dipercayai ketika sesi Solat Jumaat pada hari ini. Sesuai dengan namanya yang merupakan huruf pertama dalam abjad Arab, Alif mengalunkan bacaan surah pertama dalam Al-Qur’an dengan sangat merdu!

Ingatkan menyanyi je sedap…rupanya jadi Imam pun sedap

Menurut Alif, surah yang juga wajib dibaca dalam solat itu selalu menenangkannya bila mana dia selalu berasa hampa, takut atau pun gugup. Dia turut berpesan di laman sosial tersebut agar sentiasa ingat bahawa segala aturan yang dibuat oleh Tuhan adalah yang terbaik untuk semua hamba-Nya. Rata-rata pengikutnya pantas membanjiri ruangan komen dengan pujian terhadap suara Alif ketika mengaji selain menyatakan kepadanya agar perbanyakkan perkongsian yang lebih bermanfaat seperti ini lagi. 

Sumber: IG alifsatar

Apa Komen Anda?