[VIDEO] Insecure Dengan Kulit Wajah, Rakan Artis Beri Semangat Pada Sissy Iman

Sebagai seorang perempuan, perasaan kurang yakin dengan diri sendiri tidak pernah lekang. Ada saja yang bermain di fikiran seolah-olah diri ini tidak sempurna. Perasaan tersebut boleh menyebabkan berlakunya tekanan dan perasaan rendah diri seperti apa yang terjadi kepada penyanyi Sissy Iman baru-baru ini. Dia begitu tertekan apabila memikirkan masalah kulit wajahnya sekarang.

BACA: [VIDEO] Lidoh Meme Kerah- Yakin Speaking English-Ganu, Pelumba Buka Cerita

Aku dah penat dengan kulit muka aku sendiri 

Beberapa jam yang lepas, gadis itu telah memuat naik satu video yang memaparkan wajahnya kemerah-merahan selepas melakukan rawatan muka. Rupa parasnya yang telah dinaiki jerawat itu seolah-olah meletakkan dirinya dalam situasi yang meresahkan jiwa. Dia sempat juga berpesan kepada orang yang mengalami masalah sama agar terus kuat melalui proses ini.

Saya baru selesai buat rawatan muka. Bukan saya tak biasa tapi saya rakam untuk tengok perkembangan lepas ni. Saya tak boleh mengelak daripada bersedih. Buat semua yang anggap saya tak usaha untuk dapatkan kulit sihat, nak bagitahu kadang-kadang saya dah penat. Minta maaf pada semua jurusolek yang terpaksa bekerja keras untuk tutup cela.  Maaf juga kepada jurufoto yang terpaksa sunting gambar sebelum dimuat naik. Saya betul-betul penat dengan kulit sendiri. Tapi hidup perlu diteruskan. Nak nampak hasil, memang kena banyak berusaha.

View this post on Instagram

I just got done with facial today . This is normal , bengkak merah ni semua sbb baru kasi keluar blackhead , kejap lg dia ok la . Some are just scars je pun . It’s not that I’m not used to it but as I was recording this video to keep track of the progress later on , I can’t help but to break down . To everyone who think I don’t do shit to get a clear skin , let me tell you kadang-kadang dah penat . I am so sorry to all make up artist who have to work so hard concealing every flaws on my face also to photographers who needs to edit it for photo spread . I am honestly tired of my own skin but I guess life has to go on and you have to put a lot of effort to make things work . Semoga lebih cantik lepas ni . Kalau tak ada org suka kau dengan kulit mcm ni pun , I would still love you , Sissy . And whoever is going through the same thing , I got you . We go thru this together , okay ?

A post shared by Sissy Imann (@sissyimann) on

 

Attitude yang power dan semangat yang tak  akan pernah habis

Susulan posting yang dimuat naik tersebut, ramai rakan artis dan juga peminat memberi sokongan kepadanya. Rata-rata memintanya dirinya bersabar dan menghiraukan kritikan yang dilempar oleh orang lain. Penyanyi wanita itu juga dinasihatkan untuk sentiasa kekal positif. 

Sumber: Instagram Sissy Iman

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI

Apa Komen Anda?