[VIDEO] Instafamous Dikecam Ramai Gara-Gara Letak Produk Tester Atas Jerawat!

Sejak akhir-akhir ini, ramai golongan anak muda tempatan yang telah berani melakukan challenge-challenge  viral di luar negara di Malaysia. Namun begitu, rata-rata mereka hanya menerima kecaman daripada orang ramai selepas memuat naik challenge yang telah dilakukan itu, termasuklah Instafamous yang dikenali sebagai Lily Brahim ini. Terdahulu, dia ingin melakukan satu challenge yang mana memerluk4n dia untuk menyolek penuh wajah hanya menggunakan produk tester yang terdapat di sebuah kedai penjagaan kesihatan dan kecantikan popular.

BACA: [VIDEO] Konon Gempak Buat #janganbayarchallenge, Akhirnya Instafemes Dikecam!

Bagaimanapun videonya telah mendapat kritikan hebat daripada netizen, khususnya di laman Twitter yang tidak senang dengan challenge itu. Rata-rata mereka berpendapat bahawa ianya tidak wajar untuk menggunakan bahan yang disediakan oleh kedai sesuka hati, selain risau akan memberikan kesan buruk pada wajahnya.

Tengok macam mana dia apply lipstick tu terus dekat jerawat dia…

Demi viewers sanggup apply tester dekat muka…

Lepastu tester habis dekat dia je…orang lain nak cuba tak boleh dah

Ingat tester ni barang makeup dia? Sukahati buat harta sendiri…

Gara-gara kecaman sedemikian, dia telah memuat naik semula video tersebut dengan meletakkan kapsyen baru di laman YouTube miliknya untuk memberikan penjelasan terhadap situasi tersebut. Dia turut memohon maaf secara terbuka di Instagram miliknya.

I tak galakkan korang untuk letak tester dekat muka sebab tak bersih…

Ye I tahu muka I berjerawat…tapi korang jangan body shaming

Dah lap kat tisu tapi tak letak dalam video…komenlah dengan perkataan membina

I tahu ini salah I, & minta maaf sangat2. terutamanya kepada kedai itu dan semua rakyat Malaysia. Cuma satu je nak pesan, jangan tag I dengan apa2 sebab I takut baca semua komen tu

Sumber: Twitter ayiesooo, IG & YouTube Lily Brahim

Apa Komen Anda?