Cinta Antarabangsa

[VIDEO] “Isteri Penghuni Syurga”-Wanita Tabah Ketawa Damping Suami Kahwin Baru

[VIDEO] “Isteri Penghuni Syurga”-Wanita Tabah Ketawa Damping Suami Kahwin Baru

Poligami sememangnya antara hal yang agak sukar untuk diterima lagi-lagi bagi golongan wanita. Perit rasa hati apabila mengenangkan seorang isteri harus berkongsikan kasih sayang suami dengan orang yang lain. Lain rumah tangga, lain pula penerimaannya. Namun kisah viral di bawah nyata membuatkan ramai terkesima.

BACA : Suami Memang Niat Poligami Lepas Kahwin, Adik Madu Calon Isteri Yang Ke-8

Isteri penghuni syurga hantar & dampingi suami nikah lagi

Menerusi video di Tiktok tersebut, terlihat isteri pertama yang sanggup untuk mendampingi suami tercinta bersama dengan madu barunya itu menjalani proses akad nikah. Dalam majlis penuh bermakna tersebut, difahamkan ibu tersebut ditemani juga oleh anak sulung serta anak bongsu yang masih di usia kanak-kanak.


[VIDEO] “Isteri Penghuni Syurga”-Wanita Tabah Ketawa Damping Suami Kahwin Baru

MasyaAllah kuat sangat…Ditemani anak-anak yang masih muda

Selain itu, dalam video tersebut juga menyaksikan betapa tabahnya seorang isteri yang sentiasa tersenyum dan masih boleh tertawa saat bersalaman dengan suaminya. Wanita itu juga dengan lembutnya memakaikan gelang emas kepada madunya tanpa terlihat langsung wajah sugul atau sedih. Sejak dimuat naik, rakaman tersebut berjaya meraih 278 ribu jumlah tontonan.

@abdi_negara8181

#Istrihebat#IstriPenghuniSurga

♬ suara asli – call me_ abdi – call me_ abdi

Pura-pura ketawa….Muka senyum hati siapa yang tahu

Rata-rata netizen memberikan komen terhadap tabahnya wanita tersebut yang sanggup untuk berbagi kasih dengan suami bersama wanita lain. Ada juga yang menyatakan bahawa di sebalik senyuman yang dilemparkan sepanjang akad nikah itu, pasti akan ada rasa kesedihan dalam lubuk hati.


[VIDEO] “Isteri Penghuni Syurga”-Wanita Tabah Ketawa Damping Suami Kahwin Baru

[VIDEO] “Isteri Penghuni Syurga”-Wanita Tabah Ketawa Damping Suami Kahwin Baru

[VIDEO] “Isteri Penghuni Syurga”-Wanita Tabah Ketawa Damping Suami Kahwin Baru


Sumber : TikTok abdi negara8181

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

[VIDEO] “Isteri Penghuni Syurga”-Wanita Tabah Ketawa Damping Suami Kahwin Baru

Facebook

Telegram