Viral

[VIDEO] Isteri Sibuk Kerja Rawat COVID-19, Bapa ‘Terpaksa’ Masak Sup Dinosaur

[VIDEO] Isteri Sibuk Kerja Rawat COVID-19, Bapa ‘Terpaksa’ Masak Sup Dinosaur

Sharing is caring!

Semalam, kerajaan telah mengumumkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dilanjutkan sehingga 14 April 2020.  Orang ramai yang semakin lama duduk di rumah telah menjadi runsing untuk memikirkan akitiviti seharian mahupun idea ketika penyediakan menu hidangan. Sampai satu masa, sampai pula ‘angin gila’ hendak bergurau seperti kisah seorang bapa ini.

BACA: Perlu Saring Ratusan Kontak Rapat, Petugas Akui Takut Risiko Jangkitan COVID-19

Anak-anak minta sup

Menerusi kiriman video Mohamad Rajaie, dia menyatakan lauk mentah di rumahnya telah habis. Jadi sementara menunggu Perintah Kawalan Pergerakan sehingga 14 April nanti, dia telah memilih ‘lauk dinosaur’ untuk dijadikan sebagai hidangan mereka seisi sekeluarga. Menurut Mohamad, isterinya telah ditugaskan untuk bekerja disebabkan wabak COVID-19. Lantaran, itu anak-anak telah memintanya untuk memasakkan lauk sup.


[VIDEO] Isteri Sibuk Kerja Rawat COVID-19, Bapa ‘Terpaksa’ Masak Sup Dinosaur

Kejap lagi daging akan empuk

Dengan nada berseloroh, lelaki ini telah berpesan agar tidak menguatkan api dapur gas kerana akan menyebabkan daging dinosaur menjadi terlalu lembut. Dia telah mengacau beberapa ekor dinosaur mainan milik anaknya di dalam sebuah periuk sementara menunggu dagingnya masak.


Tak buang isi perut ke

Rata-rata netizen meluahkan rasa terhibur dengan cara lelaki tersebut yang menggunakan haiwan mainan untuk dijadikan masakan. Tidak kurang juga, ada yang menyuruhnya untuk membuang isi perut dinosaur kerana takut mengakibatkan sembelit. Selain itu, ada netizen yang meminta rakan mereka untuk memastikan para suami tidak berkelakuan begini jika mereka masuk ke dapur.

[VIDEO] Isteri Sibuk Kerja Rawat COVID-19, Bapa ‘Terpaksa’ Masak Sup Dinosaur

[VIDEO] Isteri Sibuk Kerja Rawat COVID-19, Bapa ‘Terpaksa’ Masak Sup Dinosaur

Sumber: Facebook Mohamad Rajaie

 


Tidak mahu terlepas cerita viral & trending? Jom sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

[VIDEO] Isteri Sibuk Kerja Rawat COVID-19, Bapa ‘Terpaksa’ Masak Sup Dinosaur

Sharing is caring!