Membayangkan perkahwinan yang dibina akan memberikan kebahagiaan, siapa sangka wanita bernama Mawar telah ditipu. Selama 10 bulan bergelar isteri, suami sendiri rupa-rupanya berjantina perempuan. Sungguh tidak masuk akal, apakah yang berlaku sepanjang mereka hidup bersama sehingga kebenaran itu lambat disedari?
BACA : Isteri Tidur Dengan Ramai Lelaki & Geng Sejenis, Kisah Suami Dayus Tahan Sabar
Dia kalau lepas mandi, tak pernah dedah bahagian dada…Selalu keluar dah siap pakai baju
Berita terbabit pernah mengejutkan ramai sejak ia tular bermula bulan lepas. Sebelum ini, Erayani yang menyamar menggunakan nama Ahnaf Arrafif dikatakan menutup mata Mawar dengan kain setiap kali mereka berhubungan badan. Kebanyakan lelaki hanya bertuala sehingga ke paras perut apabila selesai mandi, namun dia tidak pernah menunjukkan bahagian atas dada walhal mereka sudah pun halal.
@story_motivasi Balas @ciiky09 18:00 #Nuraini #Podcast #Deddycorbuzier #Fyp #Beranda #Familysttks #Story #Motivasi
Tiada sesiapa yang mengingatkan saya…Style baju dia memang sengaja dibuat ala oppa Korea
Begitu licik menyembunyikan identiti diri, Mawar berkata Erayani sering berfesyen ala orang Korea, pernah mengimamkan solat berjemaah dan melaungkan azan persis seorang lelaki. Pun begitu, dia juga kerap mengasingkan diri ketika sembahyang tanpa diketahui sebabnya. Segala sikap pelik itu awalnya tidak disedari Mawar yang nyatanya sangat polos.
@nari_ratih Pengakuan Nur ainisc Deddy Corbuzier #podcastdedycorbuzer #deddycorbuzier #podcast
Saya dah jadi isteri, jadi saya nak lihat secara langsung di sebalik seluar…Sepatutnya tak apalah…Tapi dia marah
Oleh kerana Ahnaf adalah cinta pertamanya, wanita ini akui trauma dengan penipuan itu. Sudahlah dikhianati begitu sahaja, lebih terkilan lagi apabila ada netizen mendakwa dirinya sebagai golongan ‘sejenis’ yang melayani nafsu ‘lelaki jadian’ terbabit. Berbalik kepada adegan mesra ketika duduk berdua-duaan, ‘suaminya’ akan cuba mengelak dan tidak membenarkan Mawar melihat langsung apa yang ada di sebalik seluar.
@nari_ratih Balas @fisoviiu_ Doain kak nur aini semoga diberi ketabahan dan ketegaran #podcastdedycorbuzer #closethedoor
@nari_ratih 17.17 #deddycorbuzier #podcast #deddycorbuzierpodcast #closethedoor #podcastdedycorbuzer #fyp
Kredit : TikTok nari ratih & story motivasi
🚨 Erin Sakura KINI MENCARI INTERN! Klik untuk maklumat lanjut.
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura
![Kisah Dunia [VIDEO] Isteri Trauma Suami Rupanya Perempuan, Dimarah Saat Cuba Tarik Seluar](https://pnews.space/wp-content/uploads/2020/06/pnews.space-d397ded5566d26d0ff425878996136e7.jpg)