Viral

[VIDEO] Isu Sound Atuk Tua, Baim Wong Akui Tak Suka Orang Meminta-Minta Duit

[VIDEO] Isu Sound Atuk Tua, Baim Wong Akui Tak Suka Orang Meminta-Minta Duit

Menjadi antara 5 orang YouTuber terkaya di Indonesia, sejak semalam nama Baim Wong menjadi bualan selepas tular videonya memarahi seorang atuk tua. Ketika itu, dia sedang melakukan sedekah di jalanan sebelum menyedari seseorang mengekori sejauh beberapa kilometer. Walau sudah menjelaskan hanya mahu menjual barang, pelakon Sinetron itu tidak ambil peduli dan mengganggapnya sebagai perbuatan mengemis.


BACA : Rupanya Anak Hantar Minta Sedekah Di Mall? Terdedah Kisah Sebenar Makcik Viral

Pak cik tua mahu jual barang untuk biaya kos rawatan kaki

Melalui maklumat dikongsikan seorang aktivis sosial, dipercayai warga emas terbabit sedang cuba berniaga bagi menampung kos rawatan untuk kakinya. Kesedihan netizen melihat maruah pak cik berkenaan yang seakan tidak dihargai akhirnya mewujudkan sebuah tabung kutipan dana khas.

@onlycinta

Kasian 💔 smoga dengan viral bisa jadi pelajaran

♬ original sound – Only cinta – Only cinta

 

Bukan dengan cara macam ni ye? Tak baik…Saya naik motor dia jerit dari belakang (minit 2:06)

Pun begitu dalam sebuah kenyataan, Baim mengakui kelemahannya adalah tidak suka dengan orang yang meminta-minta. Mendedahkan hal sebenar, rupanya sejak awal lagi lelaki tua itu sudah menjerit-jerit mahukan wang ringgit. Bahkan saat sudah sampai ke rumah, perkara sama masih lagi berlaku membuatkan dia nekad menegur.


[VIDEO] Isu Sound Atuk Tua, Baim Wong Akui Tak Suka Orang Meminta-Minta Duit

Lepas bagi wang, dia cakap “umur saya 77 tahun”…Jadi kenapa? Kena kasihan ke dia? (minit 4:16)

Pelakon ini juga katanya pernah berjumpa dengan asnaf yang jauh lebih uzur namun masih gigih bekerja tanpa mengharap sedekah. Ujarnya dalam melakukan kerja-kerja kebajikan, dia mahu melaksanakannya dengan tulus tanpa sebarang paksaan. Sebelum ini, Baim sangat dikenali sebagai artis yang budiman dan sangat aktif memberikan bantuan kepada orang susah.


Sumber : TikTok onlycinta, YouTube TS Media, Instagram kangabay

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

[VIDEO] Isu Sound Atuk Tua, Baim Wong Akui Tak Suka Orang Meminta-Minta Duit

Facebook

Telegram