[VIDEO] “Jadi Haram Kalau..” – Rupanya Ini Hukum Mak Ayah Guna Duit Raya Anak!

Kanak-kanak adalah golongan yang akan mendapat duit raya paling banyak menjelang Syawal nanti. Kebiasaannya, ke semua duit mereka akan dipegang oleh ibu bapa terlebih dahulu. Lebih bijak lagi, ada ibu bapa yang akan memasukkan duit raya anak mereka ke dalam tabung mahupun bank. Namun begitu, ada pula ibu bapa yang sewenangnya menggunakan duit anak-anak untuk pelbagai keperluan. Jadi, Ustaz Azhar Idrus ada menjelaskan tentang hukum perkara tersebut.

Baca : Baru Hajat Nak Pakaikan Songkok Masa Raya, Tapi Kucing Gadis Ini Akhirnya..

Menurut agamawan ini, hukum ibu bapa mengambil duit anak mereka untuk kegunaan sendiri adalah haram. Namun begitu, ada juga situasi di mana ibu bapa dibenarkan untuk menggunakan duit tersebut iaitu pada keadaan terdesak. 

Gambar sekadar hiasan

Jika ibu bapa berniat untuk menggunakan duit raya tersebut demi membeli makanan atau minuman, Ustaz Azhar Idrus menyifatkan ia sebagai tidak patut kerana keperluan makan dan minum memang menjadi kewajiban ibu bapa untuk menyediakannya. 

Gambar sekadar hiasan

Meskipun ibu bapa membesarkan anak sejak kecil, itu tidak bermakna mereka berhak menggunakan wang milik anak sesuka hati kerana itu adalah derma dari orang lain. Bukan itu sahaja, ibu  bapa juga dituntut untuk membayar semula wang yang diambil tadi.

Jika anak itu masih kecil dan mengizinkan ibu bapa menggunakan duit raya mereka, hukumnya masih menjadi tidak sah melainkan anak itu sudah akil baligh.

Gambar sekadar hiasan

Mak guna duit raya anak untuk beli cincin haram!

Perkara ini banyak berlaku dalam masyarakat kita…

Sumber : Youtube Oh MY! Media dan Annur Syuhadah

Apa Komen Anda?