Family Hiburan

[VIDEO] “Jangan Bagitahu Mama Saya..”- Berdekah Tengok Zara Zya Usik Mama

[VIDEO] “Jangan Bagitahu Mama Saya..”- Berdekah Tengok Zara Zya Usik Mama

Sharing is caring!

Ikatan kasih sayang antara ibu dan anak sememangnya sudah terjalin sejak di usia kehamilan lagi. Bahkan jika diasuh dengan betul, hubungan bermakna tersebut akan menjadi lebih akrab apabila mereka meningkat dewasa pula. Malah, terdapat juga kajian yang mengatakan bahawa anak perempuan akan meniru ‘sebijik’ gelagat ibu jika dibandingkan dengan si ayah. Maka sebab itulah kita akan selalu nampak banyak video anak perempuan dan ibunya yang sangat mencuit hati. 

BACA: “Andhieka Bukan Anak Mummy Ke?” – Persoalan Anak Buat Si Ibu Tersentak

Jangan bagitahu saya kenakan dia..

Terbaru, pelakon Zara Zya telah memuat naik beberapa video di Instagram ketika keluar bersama mamanya. Zara Zya juga sempat memperkenalkan mamanya itu kepada peminat menerusi kapsyen. Dia yang telah mengusik mamanya dalam video tersebut telah mengingatkan netizen agar tidak membocorkan rahsia itu sehingga ke pengetahuan bonda tercinta.


[VIDEO] “Jangan Bagitahu Mama Saya..”- Berdekah Tengok Zara Zya Usik Mama

[VIDEO] “Jangan Bagitahu Mama Saya..”- Berdekah Tengok Zara Zya Usik Mama

Tak tahan ketawa…4 filter berbeza (swipe kiri)

Pelakon ini sebenarnya telah menggunakan 4 filter Instagram yang berlainan ke atas wajah mamanya. Ternyata perubahan wajah mamanya itu telah membuatkan Zara Zya tertawa terbahak. Meskipun rakaman filter tersebut dibuat tanpa pengetahuan, tapi dia tetap melayan kerenah anaknya itu. Antara filter yang digunakan ialah wajah bayi, lelaki, kanak-kanak perempuan berkaca mata serta filter ‘mak datin’ sambil mengenakan gincu rona merah. 

[VIDEO] “Jangan Bagitahu Mama Saya..”- Berdekah Tengok Zara Zya Usik Mama[VIDEO] “Jangan Bagitahu Mama Saya..”- Berdekah Tengok Zara Zya Usik Mama

Nakal betul Zara ye..

Perkongsian yang mendapat lebih 30 ribu likes itu malah membuatkan netizen turut terhibur dengan aksi nakalnya. Rata-rata netizen menyifatkan usikan terhadap mamanya itu sebagai terlalu comel dan sangat melucukan. 


[VIDEO] “Jangan Bagitahu Mama Saya..”- Berdekah Tengok Zara Zya Usik Mama [VIDEO] “Jangan Bagitahu Mama Saya..”- Berdekah Tengok Zara Zya Usik Mama [VIDEO] “Jangan Bagitahu Mama Saya..”- Berdekah Tengok Zara Zya Usik Mama [VIDEO] “Jangan Bagitahu Mama Saya..”- Berdekah Tengok Zara Zya Usik Mama

Sumber: Instagram Zara Zya


Tidak mahu terlepas cerita viral & trending? Jom sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

[VIDEO] “Jangan Bagitahu Mama Saya..”- Berdekah Tengok Zara Zya Usik Mama

Sharing is caring!