Viral

[VIDEO] “Jangan Lemah”-Kawan Nangis Putus Cinta, Lelaki Pujuk Siap Tampar Muka

[VIDEO] “Jangan Lemah”-Kawan Nangis Putus Cinta, Lelaki Pujuk Siap Tampar Muka

Terlalu sedih dengan tragedi putus cinta yang dihadapi akan mendorong seseorang untuk menangis sepuas-puasnya. Air mata yang dikeluarkan ibarat menjadi simbolik kepada satu penyesalan atau rasa terkilan yang amat sukar diungkapkan dengan kata-kata. Selain ahli keluarga, kadangkala kawan baik sendiri yang akan menjadi peneman yang memberikan semangat agar kita tidak terus berduka. Kasar namun dengan niat yang baik, mungkin itulah ungkapan sesuai bagi menggambarkan video tular di bawah.

BACA :ย [VIDEO] Member Dorm Kerumun Nyanyi Lagu Sedih, Pemuda Putus Cinta Makin Broken

Putus cinta bukan bermaksud putus semua harapan…Jangan lemah

Dikongsikan sejak beberapa jam lalu melalui TikTok @andriwolkez, dapat dilihat seorang lelaki telah menangis teresak-esak kerana hubungan dengan cinta hati kesayangannya sudah terhenti di tengah jalan. Melihatkan keadaan tersebut, rakannya pula mula memberikan kata-kata semangat selain menampar sedikit bahagian pipi seakan-akan mahu dia sedar dan tidak bersedih terlalu lama. “Jangan lemah’, begitulah kapsyen yang sempat ditulis menerusi rakaman berdurasi pendek ini.

@andriwolkez

putus cinta bukan brarti putus semua harapan semangat kawan jangan lemah๐Ÿ˜‡๐Ÿ˜‡๐Ÿ˜‡#fyp

โ™ฌ Ku Timang Adikku Sayang – ARUL PUTRA ROBAN

Nak bercinta tak salah cuma jangan serah hati 100%

Meraih lebih setengah juta tontonan, ia turut mengundang kesedihan di kalangan netizen. Menjengah ke ruangan komen, mereka terus memberikan kata-kata semangat selain memahami rasa perit yang sedang dialami oleh jejak berkenaan. Bahkan mereka menyifatkan kelak nanti akan ada jodoh lebih baik yang menanti dirinya.

[VIDEO] “Jangan Lemah”-Kawan Nangis Putus Cinta, Lelaki Pujuk Siap Tampar Muka

[VIDEO] “Jangan Lemah”-Kawan Nangis Putus Cinta, Lelaki Pujuk Siap Tampar Muka

[VIDEO] “Jangan Lemah”-Kawan Nangis Putus Cinta, Lelaki Pujuk Siap Tampar Muka

Sumber : TikTok andriwolkez

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

[VIDEO] “Jangan Lemah”-Kawan Nangis Putus Cinta, Lelaki Pujuk Siap Tampar Muka

Facebook

Telegram