Viral

[VIDEO] “Jangan Pusing-Pusing, Aku Tengah Makan Nasi Sat Ni”

[VIDEO] “Jangan Pusing-Pusing, Aku Tengah Makan Nasi Sat Ni”

Sharing is caring!

Kisah-kisah mengenai alam ghaib dan juga mistik sudah tidak asing lagi dengan masyarakat kita. Saban hari, ada saja orang berkongsi cerita sebegitu melalui pengalaman yang telah mereka lalui. Walau bagaimanapun, terpulang sama ada untuk mempercayainya ataupun tidak. Beberapa hari lepas juga, tular di laman Twitter apabila seorang lelaki sempat memuat naik satu video di saat dirinya menerima gangguan di tempat kerja. 

BACA: Gadis Berhabis Duit, Angau Siang Malam Gara-Gara Dijampi Pekerja Kontrak

Yang tak kuat mohon jangan tengok

Menerusi satu perkongsian oleh pengendali akaun Twitter bernama @HellmyAnwar tersebut, waktu itu dia sedang menjamu selera berseorangan di tempat kerja. Secara tiba-tiba, kerusi di hadapannya berpusing-pusing sendiri tanpa ada sesuatu memegangnya. Walaupun terasa seram, namun lelaki berkenaan dilihat menegur ‘benda’ itu untuk memberinya peluang menghabiskan makanan yang sedang dinikmati dan tidak menganggunya. 


Kapal goyang so kerusi tu berpusing lah sebab kaki dia takda roda

Hendak dijadikan cerita, sebenarnya kerusi tersebut bukanlah bergerak dek kerana gangguan makhluk halus. Namun, ia bergerak disebabkan kedudukannya di atas kapal yang bergoyang di tengah lautan. Kejadian itu juga ditambah dengan cuaca yang tidak menentu sekali gus menyebabkan ombak agak kuat mengoncang kapal berkenaan. 

[VIDEO] “Jangan Pusing-Pusing, Aku Tengah Makan Nasi Sat Ni”

Aku lagi rela kerusi tu berpusing dari tiba-tiba senyap

Video yang telah dikongsi berjaya mendapat jumlah tontonan lebih 296,000 kali beserta 15,000 retweets.  Rata-rata netizen terhibur melihat perlakuan lelaki tersebut sebelum mengetahui rupa-rupanya ada sebab lain mengapa kerusi tersebut boleh bergerak sendiri. 


[VIDEO] “Jangan Pusing-Pusing, Aku Tengah Makan Nasi Sat Ni” [VIDEO] “Jangan Pusing-Pusing, Aku Tengah Makan Nasi Sat Ni” [VIDEO] “Jangan Pusing-Pusing, Aku Tengah Makan Nasi Sat Ni”

Sumber: Twitter HellmyAnwar

 


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!