[VIDEO] “Jangan Sesekali Berkasar, Tapi Manja Lah Dengan Isteri” – Ebit Lew

Alangkah indahnya kehidupan berumah tangga apabila seseorang wanita itu telah dijodohkan dengan seorang lelaki yang sangat bertanggungjawab dan penyayang terhadap semua ahli keluarganya. Bagi yang mengikuti media sosial rasmi Ustaz Ebit Lew pasti biasa melihat beberapa perkongsian tentang kehidupan peribadi penceramah ini, terutamanya tentang isterinya yang digelar bidadari. Beliau ada berkongsi cara mudah untuk membahagiakan isteri tanpa menggunakan sesen pun.

BACA: “Kenapa Allah Ambil Mata Saya?” – Jawapan Ebit Lew Pada Pelajar Ini Bikin Sebak

Rasa bahagia pegang tangan…Nak cakap i love u till jannah banyak-banyak

Ketika berpeluang untuk menghantar anak-anaknya ke sekolah baru-baru ini, Ustaz Ebit Lew menyatakan rasa syukur kerana dapat meluangkan masa berdua-duaan dengan isteri tercinta itu meskipun hanya di dalam kereta sahaja. Tambahnya lagi, kita semua boleh memperoleh rumah tangga yang bahagia sekiranya kita mencontohi sifat-sifat yang selalu dipamerkan dalam rumah tangga Rasulullah S.A.W.

Jangan sesekali berkasar…tunjuklah sifat manja & kasih sayang terhadap isteri

Dalam pada itu, beliau turut menyatakan bahawa seorang suami perlulah selalu memberikan sifat kasih  sayang terhadap teman hidupnya, serta jangan sesekali menunjukkan sifat kasar dan marah. Selain dapat menambahkan keharmonian dalam sesebuah rumah tangga itu, para suami juga perlu sedar yang isteri bukanlah milik mutlak mereka. Sebaliknya sebagai salah satu amanah yang dikurniakan Allah untuk dikasihi hingga ke syurga.

View this post on Instagram

Aduh. Ya Allah tuhanku..sebak rindu semua ada. Dapat peluang berdua-duaan dengan bidadari sayang dalam kereta nak pergi ambil anak balik sekolah. Rasa bahagia pegang tangan. Nak berbual. Nak cakap i love u till jannah banyak-banyak kali. Makin hari makin rindu. Makin jatuh cinta sayang. Ya Allah jagakanlah bidadariku ini supaya dapat kami bersama mendapat RedhaMu dan jannatulFirdausMu . Rumahtangga paling bahagia ialah rumahtangga Rasulullah saw. Jadilah orang paling baik dan romantik seperti Rasul saw… Bila pulang ke rumah baring atas riba isteri. Atau isteri baring di atas riba kita. Saling mengusap dahi dengan cinta dan kasih sayang. Setelah berpenat berjuang di luar sana. Dakapan pasangan yang kita cintai ialah tempat paling indah. Mengubat segala duka dengan izin Allah.. Rasulullah saw berpelukan menangis kerana keletihan dan diuji dengan pukulan, cacian, kesusahan yang amat dahsyat di luar sana..rumahku syurgaku.baiti jannatiMemuji dan memanggil isteri atau suami dengan panggilan paling disukai . Wahai bidadariku yang menawan, yang cantik, kekasih hati teman hidupku. Menemuimu dalam hidup ini perkara yang terindah. Kaulah bulan. Kaulah matahari. Kaulah kurnia Allah yang terindah dalam hidup ini.. Rasulullah saw memanggil isteri dengan gelaran dan panggilan terindah . Mengusap tangan dan peha pasangan. Sambil ucap dan lafazkan sayang. Saya cinta dan sayang awak sampai syurga. Saya ingin terbang bersama sayang dalam syurga . Berlemah lembut dan lunakkanlah suara bersama pasangan. Perkataan dari hati yang mencintai dan bersyukur. Mereka bukan milik kita. Tapi amanah Allah yang untuk kita cintai dan bawa bersama ke syurga. Jangan sesekali berkasar, dengan wajah bengis, bahasa kasar semua orang lari darimu . Mandi bersama dan bergurau semasa mandi bersama. Rasulullah saw mandi bersama isterinya. Dukung dan rapatkan pipi. Dengan kasih sayang dan manja. Bergurau dan sekali sekala main kejar-kejar dengan pasangan bagi yang sihat. Berlari bukakan pintu rumah atau kereta bagi pasangan. Berebut nak angkat barang atau anak semasa bersama. Bersama dengan manja dan kasih sayang-ebitlew #jomDaftar #KeluargaSunnah #oktoberTour #semuaNegeri www.keluargasunnah.com #

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on

Ternyata perkongsian bermakna serta paparan yang sweet antara beliau dan isteri itu telah mendapat banyak reaksi positif daripada kalangan pengikut di Instagram miliknya. Rata-rata mereka turut berasa sebak melihatkan hubungan mesra yang ditampilkan oleh pendakwah popular ini, selain menyifatkan kesemua perkara yang baik dan positif itu perlu diamalkan oleh setiap yang bergelar suami terhadap suri hati masing-masing.

Sumber: IG ebitlew

Apa Komen Anda?