Viral

[VIDEO] “Janji Aku Sampai Rumah..” – Driver Kereta ‘Comel’ Selamba Redah Banjir

[VIDEO] “Janji Aku Sampai Rumah..” – Driver Kereta ‘Comel’ Selamba Redah Banjir

Semalam, hujan lebat lebih dua jam mengakibatkan sekitar kawasan di Kuala Lumpur dilanda banjir. Malahan terdapat beberapa jalan utama yang dinaiki air menyebabkan kebanyakan kenderaan ditenggelami air selain tidak boleh dilalui. Namun lain pula dengan sebuah rakaman video yang tular baru-baru ini.


BACA : [VIDEO] Kuala Lumpur Banjir Teruk Jadi Pulau, Pak Cik Gigih Selamatkan Diri

Driver kereta ‘comel’ selamba redah banjir..

Menerusi rakaman video daripada pengguna Twitter bernama @pheezothman, kelihatan seorang individu nekad meredah air banjir yang mencecah paras pinggang di kawasan jalan utama dengan sebuah kenderaan. Meskipun dengan keadaan keretanya yang rendah, namun ia tetap mengharungi air banjir tersebut dengan penuh berhati-hati.


[VIDEO] “Janji Aku Sampai Rumah..” – Driver Kereta ‘Comel’ Selamba Redah Banjir

[VIDEO] “Janji Aku Sampai Rumah..” – Driver Kereta ‘Comel’ Selamba Redah Banjir

Lalu ia pun berlalu sambil membuat ‘lambaian ratu’..

Klip video berdurasi kurang daripada seminit itu, sekali gus memperlihatkan ia sedang bergerak di dalam air banjir yang hampir menenggelamkan keseluruhan kenderaan tersebut. Ternyata, situasi itu membuatkan ramai terkejut dengan kebolehan kenderaan berkenaan selain turut menerima sorakkan daripada pengguna jalan raya lain yang kebetulan berada di sekitar kawasan terbabit.


Apa-apa pun janji aku balik rumah dulu. Steady je redah jangan sampai tak hidup pula kereta tu..

Sehingga kini, klip video tular tersebut meraih hampir 600 ribu tontonan selain dihujani dengan pelbagai reaksi daripada netizen. Rata-rata mereka mengakui terhibur dengan tindakan selamba individu berkenaan. Tidak terkecuali juga yang meluahkan kebimbangan andai kenderaan terbabit mengalami kerosakan akibat daripada tindakannya meredah banjir.

[VIDEO] “Janji Aku Sampai Rumah..” – Driver Kereta ‘Comel’ Selamba Redah Banjir

[VIDEO] “Janji Aku Sampai Rumah..” – Driver Kereta ‘Comel’ Selamba Redah Banjir

[VIDEO] “Janji Aku Sampai Rumah..” – Driver Kereta ‘Comel’ Selamba Redah Banjir

Sumber : Twitter pheezothman

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

[VIDEO] “Janji Aku Sampai Rumah..” – Driver Kereta ‘Comel’ Selamba Redah Banjir

Facebook

Telegram